Monday, 20 May 2013

Apa Yang Kita Perlu Tahu Tentang Yahudi dan Israel


Maklumat dari akhbar, buku, bahan bacaan, internet dan pelbagai sumber berita mengenai Yahudi-Zionis-Israel
www.majalahsains.com
 
THURSDAY, NOVEMBER 22, 2012
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhon5gOUrNeezwPJDDaHkqKDHswEIeMYqcBgWwWwn54sz9QM8gXKah5xeg_uc9yLuRhnQcQ-8achP_ZdoVFFP3JqYkn1fQ6yyUo1BJXGQOPDB0C9Hb8A-oqNtJpwes5fD0cjTvltIj3po_z/s320/GazaChildLegBlownOff.JPG 


Oleh Johan Jaafar
Sumber : 
Berita Harian 23 Nov 2012

Pada tahun 2006, tentera Israel menyerang Lubnan. Di tengah kemarahan dunia terhadap Israel, bekas pegawai tinggi tenteranya, Ave Azrieli menulis di dalam akhbar International Herald Tribune tentang perlunya negara itu berubah sikap. Azrieli menggesa Israel menjadi sebahagian daripada ‘negara Asia Barat’, bukan sebuah pulau di tengah wilayah yang membenci dan mengasingkannya.

Menurut beliau, demi kelangsungan, Israel ‘harus menerima hakikat bahawa manusia di sekelilingnya bukan sahaja perlu dilihat sebagai musuh tetapi juga mereka yang harus hidup bersama-sama di dalam wilayah yang paling bermasalah di dunia.” Malah beliau mencadangkan agar Israel menghantar mesej yang jelas kepada dunia Arab, ‘bahawa kami menghormati kamu.’ 
Pandangan sedemikian tidak pernah dan tidak mungkin dipedulikan oleh pimpinan Israel. Banyak lagi sebenarnya ilmuwan dan pemikir berbangsa Yahudi yang tidak menyenangi dasar Israel dan fahaman Zionisme. Noam Chomsky, cendekiawan berbangsa Yahudi, yang juga ahli falsafah, tokoh sejarah dan ahli linguistik tersohor banyak menyuarakan kecaman beliau terhadap dasar Israel.


Israel hantar mesej pada Obama

Gaza in Crisis: Reflections on Israel’s War Against the Palestinians yang merupakan koleksi wawancara dan esei beliau yang terbit pada tahun 2010 amat relevan ditelaah pada masa ini. Dua buah bab di dalamnya, ‘The Ghettoization of Palestine’ dan ‘The Killing Fields of Gaza 2004-2009’ sangat penting dibaca hari ini.

Serangan ke atas Lubnan pada tahun 2006 tidak menguntungkan Israel. Pada tahun itu, dalam satu tinjauan ke atas rakyat negara-negara Kesatuan Eropah (EU) mendapati 59 peratus responden mengatakan dalam konteks mengacau keamanan dunia, Israel lebih berbahaya daripada Iran, Korea Selatan dan Pakistan.

Seperti biasa, Israel tidak akan menghormati sesiapa. Malah tidak memandang sebelah matapun pada bantahan dan kecaman 1.3 bilion umat Islam. Serangan ke atas Gaza yang bermula dua minggu lalu menunjukkan satu lagi contoh bagaimana Israel akan berbuat apa sahaja yang disukainya. Seperti biasa juga, alasan yang diberikan adalah demi ‘mempertahankan diri’. Tiada siapa yang menanyakan hak rakyat Palestin untuk hidup. Apakah dengan menyerang pejabat Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyeh dan membunuh dan Ahmad Jabari sebahagian daripada usaha mempertahankan diri?
Israel sebenarnya mahu menghantar mesej pada Presiden Barack Obama bahawa “kami tidak perlu mengikut cakap kamu.” Atau amaran pada Obama bahawa Israel tidak menghormati sesiapa dalam konteks menangani jiran-jirannya. Obama yang dilantik semula sebagai Presiden AS antara lain kerana sokongan lobi Yahudi yang kuat, tidak akan mengecam tindakan Israel. Pada waktu yang sama AS meminta Mesir menggunakan ‘pengaruhnya’ di rantau itu untuk menenangkan keadaan. Apakah pula ‘nasihat’ AS terhadap sekutunya, Israel?

Kebangkitan ‘Arab Spring’

Kali ini tindakan Israel membawa implikasi yang jauh lebih berbahaya. ‘Arab Spring’ telah memberikan nafas demokrasi baru di negara-negara Arab. Kemarahan anak-anak muda kali ini tidak mampu dibendung oleh kerajaan baru yang lebih demokratik dan terbuka. Kita semua tahu Palestin adalah punca utama kemarahan orang Islam terhadap Israel dan AS. Sikap radikal di kalangan anak-anak muda Islam dicetuskan sebahagian besarnya oleh isu Palestin.

Tidak ada seorangpun Presiden AS yang sehingga ini dapat menyelesaikan masalah Palestin. Harapan umat Islam pada Obama nampaknya terlalu tinggi. Kita semua tahu siapapun di Rumah Putih tidak akan mengubah dasar AS terhadap Israel. Nampaknya untuk empat tahun lagi, rakyat Palestin akan terus menderita. Sebahagian besar daripada mereka menjadi pelarian di negara orang – tanpa negara, tidak dikehendaki dan hanya menjadi statistik dalam bentuk jumlah pelarian. Selepas Obama? Keadaan mungkin lebih buruk. Jikalau Obama tidak dapat mengekang keganasan Israel, tiada siapa lagi yang boleh berbuat demikian.

Tidak lama dahulu seorang penulis sejarah berbangsa Yahudi menulis buku Hitler’s Willing Executioners: Ordinary Germans and the Holocaust. Menurut beliau, bukan Hitler dan anggota Parti Nazi sahaja yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan kaum Yahudi sewaktu Perang Dunia Kedua. Rakyat Jerman seluruhnya ‘turut bertanggungjawab’.

Apakah agaknya teori beliau terhadap kekejaman kerajaan Israel hari ini terhadap rakyat Palestin? Tidakkah seluruh rakyat Israel sepatutnya ‘bertanggungjawab’? Bukankah mereka juga pada masa ini ‘willing executioners’ seperti juga tuduhan yang beliau lemparkan ke atas seluruh rakyat Jerman sewaktu pemerintahan Hitler?
Posted by Mohd Faizal   at 10:19 PM No comments:
TUESDAY, SEPTEMBER 4, 2012
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjXNwBFWbdhuPkPSbVpnM6PCQ66i_latZRNeAcKswWBR0c63K-raBPFqgfymC9T7d1jFKYl4Hop4KqPAtyQxxmGAbVLWZEGEnjQWX-uL-nwjH8ivnNXe62C1DRXqmy7V0DvdoVTNhxvbiqi/s1600/zion-1.gif
Gambar Ihsan http://oyaonsketch.blogspot.ca/2012/06/membedakan-zionisme-dari-yahudi.html


Artikel dimuatkan kembali di sini dari laman web 
Cloudfable  atas persetujuan penulis dan pengendali web. Artikel asal boleh didapati di

http://cloudfable.com/2012/08/zionis-sebenar/



RAMAI dalam kalangan masyarakat yang menyamakan istilah Zionis dengan bangsa Yahudi dan negara Israel, namun hakikatnya ia berbeza walaupun masih mempunyai kaitan secara langsung. Istilah Zionis sebenarnya merujuk kepada satu gerakan yang mendukung idelogi penubuhan sebuah negara untuk bangsa Yahudi di negara Palestin. Penulis mengatakan istilah Zionis tidak merujuk bangsa Yahudi secara keseluruhannya kerana bersandarkan fakta yang mana tidak semua orang Yahudi mendukung fahaman Zionis ini. Istilah Zionis sebenarnya berasal dari perkataan zion yang mana merujuk kepada sebuah gunung di Jerussalem yang mana akhirnya membawa kepada makna Land of Israel.

Gerakan Zionis ini muncul secara nyata apabila tumbangnya kerajaan Islam Uthmaniyyah di Turki pada 29 Oktober 1923 hasil percaturan negara-negara kuasa dunia ketika itu. Ketika inilah dominan gerakan Zionisme mula menampakkan sifatnya. Biasanya kita hanya mengaitkan nama Kamal Al-Tarturk terhadap insiden ini, tetapi hakikatnya terdapat beberapa faktor yang lebih besar yang mendorong kepada kejatuhan kerajaan Islam ketika itu. Antara faktor-faktor utamanya ialah:

1. Faktor ekonomi

Kerajaan Uthmaniyyah menghadapi kesukaran membayar hutang kepada bank-bank di Eropah. Pinjaman ini diuruskan oleh pihak Perancis dan British dengan beberapa syarat-syarat tertentu dan akhirnya membawa kepada kehilangan wilayahnya kepada pihak Eropah. Kebanyakan negara islam merupakan jajahan takluk kerajaan Islam Uthmaniyyah ketika itu, termasuklah wilayah Palestin.

2. Arab Revolt 1916

Kebangkitan semangat nasionalis dalam kalangan masyarakat Arab telah mewujudkan satu usaha untuk memisahkan negara Arab daripada kawalan kerajaan Islam Uthmaniyyah. Gerakan ini mendapat sokongan yang kuat daripada pihak penjajah secara rahsia. Pihak British memainkan peranannya dengan cukup baik apabila menyedari terdapat sentimen anti-Uthmaniyyah dalam kalangan masyarakat arab. Arab Saudi dilihat sebagai satu peluang yang baik untuk pihak British memulakan gerakan pemisahan apabila berlakunya ‘exchanged corresponde‘ oleh sherif Makkah iaitu Hussein Ibn Ali dengan McMahon selaku Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom di Mesir.

3. Perjanjian Sykes-Picot 1916

Perjanjian rahsia ini berlaku di antara pihak Perancis, Russia dan British pada 16 Mei 1916 dengan jangkaan bahawa Kerajaan Islam Uthmaniyyah akan tumbang. Perjanjian ini membahagikan kawasan tanah arab kepada beberapa kek wilayah. Pihak British dibenarkan untuk menguasai wilayah Trans-Jordan, Perancis menguasai Turki, utara Iraq, Lubnan dan Syria manakala Russia menguasai Konstantine, selat Turki dan wilayah Uthmaniah Armani. Palestin pada awalnya dijadikan wilayah antarabangsa namun akhirnya jatuh ke tangan British. Setelah wilayah Palestin jatuh ke tangan British, maka bermulalah kemasukkan ‘Jewish People‘ ke dalam negara Palestin secara terancang. Walaupun pada awalnya ramai dalam kalangan masyarakat Yahudi di serata dunia tidak yakin, namun akhirnya akur apabila berlaku pembunuhan beramai-ramai oleh pihak Nazi Jerman terhadap kaum Yahudi di Eropah. Balfour Declaration Mandate dilaksanakan bagi memberikan pihak British mandat:
His Majesty’s Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the jewish people, and will use their best endeavour to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious right of existing non-Jewish communities in Palestine, or the right and political status enjoyed by Jews in any other country.”
Sejarah Awal Gerakan Zionis
Nama tokoh Yahudi selaku Pioneers gerakan Zionis seperti Theodore Herzl (1860-1904) pastinya dikenali ramai, namun hakikatnya ia telah dipelopori sejak ratusan tahun lalu oleh tokoh seperti Shabbetai Zvi (1626-1676), Judah Alkalai (1798-1878), Moses Hess (1812-1875), dan Leo Pinsker (1821-1871). Gerakan Zionis telah dilancarkan oleh Theodore Herzl pada tahun 1897 dan diperakui dalam ‘World Zionist Congress’ di Basle pada 27-29 Ogos 1897. Gerakan ini telah menjadi satu usaha di peringkat global untuk mewujudkan sebuah negara Israel di Palestin dan seterusnya mendapatkan sokongan kepada kewujudannya. Herzl mewujudkan hubungan diplomatik yang kuat bagi mendapatkan sokongan kuasa besar ketika itu dan memujuk British untuk terlibat sama dalam Jewish Project.

Sebenarnya, negara Palestin merupakan bukan pilihan utama sebagai tempat penubuhan negara Yahudi, tetapi Herzl memilih sebuah negara di Afrika iaitu Uganda sebagai pilihannya namun ditolak sewaktu Second Zionist Conference. Pada tahun 1898 sewaktu lawatannya ke Palestin, dia tidak merasa berminat dengan Palestin kerana negara Palestin ketika itu kotor dan telah berlaku pencemaran. Akhirnya, untuk mengekalkan strategi agar terus berkuasa, Herzl bersetuju memilih Palestin sebagai pilihan penubuhan negara Israel. Antara usaha yang dilakukan oleh Herzl adalah menawarkan bantuan kewangan kepada Sultan Abdul Hamid (Kerajaan Uthmaniyyah) sebagai pertukaran kepada kewujudan negara Israel di Palestin, namun Sultan Abdul Hamid mengambil keputusan untuk menolak cadangan itu. British mengambil alih Zionist Project apabilaWorld Zionist Organization tajaan Herzl gagal mencapai kejayaan yang besar dan akhirnya British berjaya mendapatkan negara Palestin pada september 1918.

Semasa kekuasaan British di Palestin (1918-1948), pintu negara Palestin telah dibuka dengan seluas-luasnya untuk menerima kemasukan pelarian Yahudi dari seluruh dunia. Bilangan penduduk Yahudi meningkat secara mendadak dari 55 000 orang (1918) kepada 646 00 orang (1948). Selepas perang Dunia ke-2 dan penubuhan negara Israel di Palestin, pihak Zionis mengalami kesukaran untuk memujuk lebih ramai bangsa Yahudi masuk ke dalam Palestin. Jika hal ini berterusan, negara Israel akan mengalami masalah dari segi demografi penduduk apabila rakyat asal Palestin berjumlah jutaan orang. Namun peristiwa Holocaust yang berlaku di Eropah seakan satu konspirasi untuk kembali memaksa bangsa Yahudi di Eropah kembali memikirkan semula perpindahan mereka ke Palestin.
Kristian Zionis
Mungkin istilah ini sesuatu yang baru dan asing, hakikatnya ia merupakan tulang belakang yang banyak membantu penubuhan dan seterusnya mengekalkan negara Israel di bumi Palestin. Kristian Zionism ini boleh diertikan sebagai penganut Kristian yang menyokong kepulangan bangsa Yahudi ke wilayah Palestin mengikut ramalan Bible. Ia merupakan satu kepercayaan dalam kalangan sebahagian penganut agama Kristian yang mana mempercayai kedatanganMessiah ke bumi dan pemerintahannya sebagai Raja. Kristian Zionis menafsirkan Torah dan New Testament sebagai ramalan masa hadapan bagaimana dunia ini berakhir dengan kedatanganJesus dari syurga yang akan memerintah dunia. Kewujudan negara Israel dianggap sebagai titik pusat terhadap visi mereka itu. Merujuk kepada risalah yang dikeluarkan oleh Prebyterian Church(AS), golongan Kristian Zionis ini mengaitkan tafsiran literal Genesis 12:3 adalah merujuk kepada Israel iaitu, “I will bless those who bless you, and the one curses you will curse.

Sokongan golongan ini bukan baru, tetapi bermula seawal tahun 1880 apabila William Hechler membentuk satu komuniti Kristian Zionis untuk membantu pemindahan bangsa Yahudi Rusia ke Palestin. Beberapa tahun kemudian, dia berkawan dengan Theodor Herzl selepas membaca buku Herzl yang bertajuk The Jewish State dan turut membantu meningkatkan sokongan terhadap gerakan Zionism. Pada tahun 1980, Jerry Falwell iaitu pengasas Moral Majority (gerakan pro-Zionism) berkata tentang negara Israel, “I firmly believe God has blessed America because America has blessed the Jew. If this nation wants her fields to remain white with grain, her scientific achievements to remain notable, and her freedom to remain intact, America must continue to stand with Israel.
Melalui kerja-kerja kebajikan, sokongan politik dan bantuan kewangan kepada Israel, Kristian Zionis telah menunjukkan bahawa mereka adalah seteru terbaik kepada kewujudan negara Israel. Terdapat beberapa contoh yang membuktikan fakta ini, antaranya ialah; Pastor John Hagee telah berjaya memungut USD 4.7 Million untuk disalurkan kepada United Jewish Communities, Pat Robertsons daripada Christian Broadcasting Network telah mendermakan ratusan ribu dolar untuk membantu Yahudi diseluruh dunia untuk berpindah ke Israel. Dalam konteks semasa, kita dapat melihat sokongan kerajaan Amerika Syarikat dan barat secara amnya terhadap negara Israel dengan pemberian bantuan kewangan berbillion dollar dan sokongan ketenteraan atas alasan keselamatan.
Naturei Karta
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tidak semua Yahudi adalah Zionis dan begitu juga sebaliknya. Kewujudan kumpulan Neturei Karta (The Guardians of The City) telah membuktikan kebenaran fakta ini. Menurut kefahaman mereka, gerakan Zionis dan penubuhan negara Israel adalah bertujuan untuk merosakkan agama Yahudi. Mereka juga mendakwa gerakan Zionism tidak sesekali mewakili bangsa Yahudi secara keseluruhan dan mereka yang berpegang kepada fahaman Zionis ini dianggap kafir oleh mereka. Gerakan ini diasaskan di Jerusalem, Palestin pada tahun 1938 hasil dari serpihan pecahan kumpulan Agusdas Yisroel. Agusda Yisroel pada awalnya wujud menentang aliran Zionism, tetapi akhirnya mula melemahkan pegangnya apabila ramai dalam kalangan pengikutnya mulai terpengaruh dengan gerakan Zionisme. Masalah ini berlarutan apabila Rabbi Cook the Elder mengeluarkan fatwa wajib bagi bangsa Yahudi seluruh dunia menyokong gerakan Zionism berdasarkan tafsiran semula Talmud. Bagi mereka yang masih berpegang teguh pada kepercayaan asal dan meneruskan penentangan terhadap Zionis, mereka menyisihkan diri daripada kumpulan Agusdas Yisroel dan membentuk Neturei Karta.

Antara perbezaan yang ketara di antara Neturei Karta dengan golongan Zionis adalah sikap mereka terhadap isu negara Israel di Palestin. Kumpulan Neturei Karta sama sekali menentang pembinaan negara Israel (Erez Yizrael) kerana beranggapan bahawa ini hak Tuhan mereka untuk menentukannya, apatah lagi pembinaan negara Erez Yizrael menumpahkan banyak darah serta mengambil hak orang lain. Mereka berpegang pada apa yang disebut di dalam Tenach, “not with armed force and not with power, but in My spirit says the Lord of Hosts.” Mereka sebenarnya yakin terhadap kedatangan Messiah yang telah dijanjikan Tuhan untuk pulang bersama ke Palestin dan hidup aman dan harmoni dengan penduduk lain dalam keadaan beriman kepada Tuhan. Sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama, terdapat kisah Messiah dalam versi agama Kristian, Yahudi dan juga Islam, namun apakah kebenaran disebalik cerita Messiah ini dari sudut Islam?

Sesuatu yang menarik untuk dikongsikan, kumpulan ini bukan hanya tidak mengiktiraf gerakan Zionism, mereka banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyatakan kerelaan mereka untuk bernaung di bawah kerajaan Islam berbanding di bawah pemerintahan Zionis. Kenyataan ini dibuat di dalam akhbar-akhbar mereka sejak dari tahun 1944 lagi. Mereka juga sering kali mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengutuk kerajaan Israel dan sering kali menggantung bendera Israel separa tiang apabila tiba hari sambutan kebangsaan penubuhan negara Israel yang dilakukan pada setiap tahun. Kenyataan paling berani yang pernah dikeluarkan oleh mereka adalah mengenai kesediaan mereka untuk hidup bersama-sama kaum Muslimin di dalam sebuah negara Islam Palestin. Hal ini telah mendatangkan tindak balas yang negatif oleh pihak Zionis apabila penempatan mereka di Mea Sherim telah dikacau dan dihuru-harakan oleh rejim Zionis. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk keluar berhijrah meninggalkan wilayah Palestin.

Gerakan Neturei Karta kini telah mempunyai 60 000 keahlian di serata dunia dan berpusat di Brooklyn, AS. Mereka juga sering berhubung dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyuarakan pandangan-pandangan mereka terhadap isu Palestin dan menggesa PBB agar tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Usaha mereka juga meliputi masyarakat antarabangsa apabila ia menyeru masyarakat dunia agar tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel dan ia perlu digantikan dengan negara Palestin yang merdeka.

Terdapat juga segelintir golongan Yahudi yang merasa tidak selesa dengan gerakan Zionis terutamanya Christian Zionist. Mereka merasa tidak selesa disebabkan oleh beberapa isu sepertiChristian replacement theologyevangelical proselytizing dan hal-hal berkaitan dengan isu politik domestik. Mereka juga merasakan bahawa Kristian Zionis adalah lebih konservatif terhadap isu di Palestin lebih daripada orang Yahudi sendiri. Apabila kerajaan Israel memberi sebahagian kawasan Israel kepada penduduk Palestin, berlaku kritikan yang hebat daripada golongan Kristian Zionis. Golongan Kristian Zionis beranggapan bahawa negara Israel adalah pemberian kepada bangsa Yahudi oleh Tuhan. Pat Robertson menyatakan bahawa, “It’s an absolute disaster…I don’t think the holy God is going to be happy about someone giving up his land.” Dia juga mendakwa bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon jatuh sakit adalah sebagai balasan kerana menyerahkan sebahagian Israel kepada rakyat Palestin.
Kesimpulan
Isu yang melibatkan negara Palestin bukan membabitkan pertempuran di antara umat islam dengan bangsa Yahudi semata, hakikatnya jika isu ini dinilai dari kaca mata yang lebih luas, umat Islam sebenarnya berhadapan dengan hampir keseluruhan kuasa besar dunia yang menganuti akidah Zionis. Usaha untuk melahirkan kembali tokoh pahlawan Islam sehebat Sallehudin Al-Ayubi hasil usaha tajdid oleh Imam Al-Ghazali bukan mampu untuk direalisasikan dalam masa puluhan tahun, bahkan ia mungkin mengambil masa ratusan tahun. Kewujudan negara haram Israel moden masih boleh dianggap terlalu baru, sejarah telah membuktikan hal ini. Usaha menyedarkan umat islam tentang hakikat pertempuran yang sedang berlaku di antara ideologi Zionisme (terutamanya Kristian Zionis) dengan agama Islam perlu dicanangkan secara meluas. Suka juga untuk penulis ingatkan, usahlah kita terlalu mendabik dada dengan sejumlah besar bantuan kewangan yang disumbangkan saban tahun kepada rakyat Palestin, kerana belum pasti sumbangan kita itu sampai ke kumpulan sasaran. Di sekeliling bumi Palestin, ramainya jasad Islam yang mati jiwanya namun Zionis mindanya kerana sentiasa ingin memenuhi kantong poket dengan darah saudaranya!
Posted by Mohd Faizal   at 9:22 PM No comments:
Labels: cloudfable
SATURDAY, AUGUST 11, 2012
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgu2_I4hJQHjoTF0gG6HAj_9jsheu9-6RMXUTKqq8t9ogeDNq3Fu0_OvrWVqa5pgq4lXrZp4WjQ0g9HBszqsg2dyf0TWmu2bQ4N1WWBhhxDhc-PiRgJuVdShcw0kUg5UZnMJMqfEZA4XVHJ/s400/2.jpg

Oleh: Ku Seman Ku Husain

Di salin dari 
http://utusan.com.my/utusan/Sastera/20120729/sa_02/Rahsia-kehebatan-Yahudi


BARANGKALI sebahagian besar daripada kita melihat konflik di Asia Barat antara Israel dan Palestin dengan penuh persoalan; kenapa Israel kuat dan sukar ditewaskan? Israel kini menjadi satu-satunya negara Yahudi selepas merampas daripada Palestin tahun 1948.
Israel yang saiznya jauh lebih kecil berbanding negara-negara dunia Arab. Tetapi sejak 1948 hingga kini Israel terus kuat, apa lagi dengan sokongan padu oleh Amerika Syarikat (AS). Maka kita pun berkata, Yahudi di Israel hebat kerana diberi perlindungan oleh AS.

Melihat Yahudi di Israel dalam penguasaan politik di Asia Barat sebenarnya berbeza dengan melihat kejayaan dan penguasaan Yahudi di peringkat global. Yahudi pada relatifnya tidak ramai. Tetapi Yahudi muncul sebagai bangsa yang berkuasa daripada sudut ekonomi dan teknologi.

Buku Mengapa Yahudi Berprestasi ini membawa kita menyusuri banyak hujah yang menyuraikan persoalan tersebut. Suatu yang penting dimuatkan dalam buku ini ialah sikap orang Yahudi yang berkerja keras dan sentiasa berazam menguasai ilmu setinggi yang mungkin. Dengan ilmu Yahudi boleh menguasai dunia.

Satu hakikat yang kita tidak dapat menolaknya ialah Yahudi didokong oleh warga yang patriotik terhadap bangsanya. Sebelum ini buku The Jews Contribution to the 20th Century susunan Alan Symons telah menyenaraikan 1,000 tokoh Yahudi di pelbagai bidang. Dari korporat, sastera, filem dan falsafah, semuanya dikuasai oleh tokoh berbangsa Yahudi. Bangsa lain tidak begitu beriltizam untuk memperjuangkan bangsanya.

Pengalaman pahit pada era Nazi pimpinan Hitler adalah cetusan kebangkitan Yahudi abad ke-20. Jumlah 1,000 tokoh dalam senarai Symons ini datangnya dari 40 buah negara di dunia. Pada akhir abad ke-20, Spielberg diangkat sebagai wira apabila menghasilkan filem Schindler's List. Filem ini mengingatkan kekejaman terhadap Yahudi semasa Perang Dunia Kedua di Jerman.

Penulis buku Mengapa Yahudi Berprestasi pula sangat realistik apabila menyenaraikan sekian banyak tokoh Yahudi dalam pelbagai bidang yang seterusnya menguasai dunia. Tokoh-tokoh ini bukan melalui jalan singkat tetapi berkerja keras selain tidak berpecah belah seperti banyak bangsa lain yang kemudiannya melemahkan bangsa tersebut. Tetapi Yahudi bersatu dan saling membantu demi bangsanya.

Yahudi tidak seperti bangsa-bangsa lain yang sangat kemaruk dengan politik kononnya boleh membantu bangsa. Tetapi politik sebenarnya bergantung kepada kuasa ekonomi yang dipegang oleh Yahudi. Di AS misalnya, biar siapa pun yang dipilih menjadi Presiden, yang menentukan haluannya ialah Yahudi. Sebab itu Barack Obama semasa berkempen dan semasa baru menjadi Presiden memperlihatkan dasarnya mendekati dunia Islam.

Tetapi lihatlah apa yang berlaku sekarang? Obama tidak boleh mengubah dasar yang ditentukan Yahudi sesuka hati. Akhirnya Obama juga seperti Bush yang berhasrat menyerang Iran sebabnya Iran satu-satunya negara di dunia Islam yang memberi masalah kepada Yahudi di Israel.

Menurut buku ini, pengalaman hidup yang pahit serta kemampuan mendepani pelbagai tentangan telah membawa kepada satu hipotesis bahawa Yahudi bertahan kerana mahu terus hidup. Mereka seakan-akan terus hidup dalam suasana terancam dan ini telah mempengaruhi psikologi sense of competition. Ini menjadikan mereka sentiasa waspada, proaktif dan kuat dalam semua bidang.
Dengan bermodalkan kemampuan untuk terus hidup dalam setiap pentas sejarah telah dijadikan fakta keunggulan bangsa untuk terus meraih kejayaan.

Yahudi memang berkiblatkan wang kerana wang adalah kuasa. Tetapi mereka tidak ada jalan pintas untuk mendapat wang kecuali berkerja keras dan berfikiran cerdas. Yahudi telah lama mengalihkan sesuatu yang negatif menjadi positif. Misalnya pada setiap tragedi yang menyakitkan dilihat sudut positif sebagai pendorong mendepani tentangan.

Bayangkan, majalah Forbes telah mencatatkan 400 orang terkaya di dunia setakat ini di mana 45 peratus daripadanya adalah Yahudi padahal populasi Yahudi hanya dua peratus daripada penduduk Amerika Syarikat. Selain itu 20 peratus profesor yang mengajar di universiti ulung di AS adalah Yahudi, 40 peratus syarikat perundangan di bandar raya New York dan Washington dimiliki oleh Yahudi.

Di dunia ini ada bangsa yang besar pun boleh terpecah dua atau tiga kerana berbeza fahaman politik biarpun satu agama. Akhirnya bangsa lain yang lebih kecil tetapi bersatu telah menguasai ekonomi. Tetapi perpecahan begini tidak berlaku kalangan Yahudi kerana mereka sedar dengan jumlah yang kecil tetapi mempunyai otak (kebijaksanaan) yang besar, mereka boleh berkuasa.

Untuk mendapatkan otak yang besar Yahudi terpaksa berusaha berlipat ganda sebagai golongan minoriti khususnya di AS. Sebenarnya untuk duduk sebagai orang nombor satu mengepalai syarikat gergasi di AS bukanlah mudah. Tetapi Yahudi boleh melakukannya kerana kesatuan dan sangat yakin dengan bangsanya.

Maka kita tidak perlulah menjadi panik apabila dikaitkan dengan Yahudi. Ini kerana jaringan Yahudi berada di sekeliling kita dan kita pula memanfaatkan mereka, setidak-tidaknya barangan yang ada pertalian dengan Yahudi. Kenapa kita tidak mencontohi Yahudi sebagai bangsa yang bersatu, berkerja keras dan sentiasa sanggup mendepani tentangan. Sebabnya itulah kunci mengapa Yahudi berprestasi tinggi di seluruh dunia.
Posted by Mohd Faizal   at 10:44 PM No comments:
Labels: Ulasan BukuUtusan
TUESDAY, JULY 31, 2012
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSoAjMxzHdGmQSKIRR19dfOtiXO64nIKaY_tXsEYhRyG-DvPV5qGf0sDpykB_VUFAhQJb0AljQ2nNQGaL7EUZEPYFsp9adwGNUG_CqopSUKiliuPe_ve0M9lDri86fMh0aQSzBahPsBQuy/s400/Screen+Shot+2012-07-31+at+7.55.38+AM.png 
Sumber Utusan Malaysia 30 Julai 2012 

BAITULMAQDIS 30 Julai - Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti Republikan, Mitt Romney semalam mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Tindakan beliau itu adalah satu sokongan pemilikan ke atas wilayah yang diduduki oleh rejim Zionis walaupun ia tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

"Ia adalah satu pengalaman bermakna berada di Baitulmaqdis, ibu negara Israel," ucap Romney ketika berada di sini, sempena lawatannya ke Israel, semalam, menjelang pilihan raya AS November ini.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berterima kasih kepada beliau dan menyifatkannya sebagai kenyataan sokongan yang paling lantang dan hubungan persahabatan dengan Israel.

"Hari ini penduduk di bandar ini memperingati kemusnahan kota suci ini beribu-ribu tahun lalu. Apa yang anda lihat kini, ia telah dibina semula oleh orang Yahudi, kemudiannya dibuka kepada ketiga-tiga agama besar dan berubah menjadi bandar yang bersemangat serta sibuk.

"Seperti yang anda katakan iaitu Baitulmaqdis adalah ibu negara Israel, bandar ini akan terus menjadi ibu negara penduduk Yahudi," katanya sejurus selepas tamatnya upacara Tisha B'Av.
Status Baitulmaqdis adalah isu utama dalam konflik Israel-Palestin selepas rejim Zionis menjajah sebahagian besar bahagian timur Arab ketika perang 1967 dan mendakwa bandar yang terbahagi dua itu sebagai 'ibu negaranya'.

Namun, Palestin mahu Baitulmaqdis menjadi ibu negaranya serta menentang usaha Israel memperluaskan kedaulatan mereka di bandar itu dan masyarakat antarabangsa termasuk AS, turut tidak secara rasmi mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel kerana konflik yang masih berterusan.

Semalam, Romney turut mengiktiraf hak Israel untuk mempertahankan diri dan berjanji akan 'menghormati' tindakan ketenteraan rejim Zionis itu ke atas kemudahan nuklear Iran.
"Menghalang Iran daripada menjadi negara kuasa nuklear 'perlu menjadi matlamat utama keselamatan kebangsaan," katanya. - AFP/dpa
Posted by Mohd Faizal   at 7:57 AM No comments:
Labels: Utusan
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1ud9ny9BWWrTrhcYeGu30pFUqrVoXnvTVy-DATt0BpikfxiFCd188EBQHkBXB0HKEJUL6eKz7PdNlV4sjstzORGyM8XB7jOokTQRjvfOUMjFfmPnT-Q7gGHXrFNkGeyh6OuuLFEuc17yr/s640/Screen+Shot+2012-07-31+at+7.51.35+AM.png 

Menyedihkan!
Posted by Mohd Faizal   at 7:54 AM No comments:
TUESDAY, JULY 17, 2012
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiAGchXKkhIflN7iXaCWFjAc_TDwADVYew2DzLFvyzZaU42UKvrMU9Ym7ijaLfzK0UsgMLc3-57ffF400AcOUo6p6aWLc1dVIuwohUEltFRc9rIzueFUDa21AAhLGnsK-oP9tyzq1FaFKZv/s400/freepalestine.jpg 

Oleh Dr. Maszlee Malik


Rencana ini dipetik dari laman web 
Palestinkini.info  dengan judul
"
Anti Semitik: Jerat yang Terbuka Untuk Semua "


PADA bulan Oktober tahun2004), Presiden AS, Goerge W. Bush Jr. telah menandatangi satu undang-undang untuk mensabitkan kesalahan mana-mana pihak yang terlibat dengan tindakan "Anti-Semitik" di seluruh dunia. Di pihak yang lain pula, Setiusaha Agung PBB juga telah menyokong tindakan AS itu dengan komentarnya: "Setiap individu Yahudi di serata dunia sepatutnya merasakan PBB sentiasa bersama mereka".


Perkembangan ini merupakan sesuatu yang amat menakutkan dunia. Ianya meletakkan semua pihak di seluruh dunia di dalam bahaya. Setiap individu di serata dunia adalah potensi untuk menjadi pesalah jenayah Anti-Semitik yang bukan hanya dikuat kuasakan oleh AS, malah juga PBB. Undang-undang ini membawa maksud:

Jika anda mengkritik keganasan dan kezaliman rejim Zionis Israel, maka anda adalah Anti-Semitik, dan anda bersalah!

Jika anda menyokong tindakan para pejuang Palestin menentang tentera Zionis yang mengganas, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda mengatakan rejim Zionis adalah pengganas dan penjajah bumi Palestin, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda mengutuk serangan tentera Zionis ke atas orang awam Palestin di Gaza, Jenin, Rafah, Nablus dan di mana-mana bumi Palestin, anda adalah Anti-Semitik!


Jika anda mengecam tembok pemisah di Tebing Barat, anda juga Anti-Semitik!

Jika anda menulis sesuatu yang mendedahkan kezaliman rejim Zionis, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda bersimpati terhadap anak-anak, wanita dan juga keseluruhan rakyat Palestin yang telah kehilangan nyawa, rumah, tanah dan Negara mereka, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda menolak cadangan pelan damai anjuran Zionis yang lebih merupakan lakonan mereka untuk melaga-lagakan di antara rakyat Palestin, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda mendedahkan kepalsuan dakwaan-dakwaan Zionis terhadap sejarah lampau mereka, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda mengutuk tindakan Zionis satu hari nanti merobohkan Masjid al-Aqsa, anda adalah Anti-Semitik!

Begitulah bahayanya jerangkap yang terbuka menanti semua orang dari seluruh dunia untuk dihukum dan dilabelkan sebagai penjenayah setaraf dengan Hitler semata-mata kerana mempertahankan keganasan dan kejahatan sekumpulan manusia beraqidah Zionis di dalam millennium yang baru ini.
Peranchis, walau bagaimanapun telah mendahului AS dalam perkara ini semenjak tahun 1990 lagi. Mereka telah pun mempunyai undang-undang yang dikenali sebagai "Undang-undang Fabious Jasbou" yang meletakkan sesiapa sahaja yang menafikan bahawa Kum Yahudi pernah dibakar oleh Hitler.

Antara manusia yang telah menjadi mangsa undang-undang draconian tersebut ialah pemikir Islam berbangsa Perancis, iatu Dr. Roger Graudy. Beliau telah dipenjarakan pada tahun 1998 kerana kajiannya yang mendedahkan kepalsuan dakwaan bahawa 6 juta kaum Yahudi telah dibakar oleh Hitler di dalam bukunya "Dongeng Institut Politik Israel". Antara kandungan di dalam bukunya itu ialah pertikaiannya terhadap jumlah enam juta itu dengan komentarnya: "Bagaimana mungkin enam juta Yahudi telah dibunuh oleh Hitler sedangkan jumlah keseluruhan orang Yahudi di Eropah tidak pun sampai tiga juta orang".

Selepas sahaja buku tersebut berada di pasaran, lobi Yahudi di Peranchis telah mendakwanya di mahkamah yang kemudiannya mendapati beliau bersalah. Oleh kerana ?jenayah?nya itu, beliau dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan, disamping dikenakan denda yang tinggi dan bukunya diharamkan dari pasaran Peranchis. Kejayaan lobi Yahudi di Peranchis itu telah menjadi amaran kepada setiap pemikir, penulis, pengkaji dan juga pakar analisis politik di seluruh Eropah agar mereka sentiasa berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya menyentuh apa-apa yang berkaitan dengan pihak Yahudi dan Zionis.

Lobi Yahudi tidak terhenti setakat itu sahaja, hukuman ke atas Garudy itu telah menyebabkan banyak kajian-kajian dan buku-buku lain digam, diharamkan dan ditarik dari toko-toko buku dan perpustakaan-perpustakaan di seluruh Eropah. Semuanya hanya kerana apa yang dinamakan sebagai ?Jenayah Anti-Semitik?. Malah ruang `Anti Semitik tersebut pun tiada sempadannya. Jika dahulunya ianya ditafsir sebagai segala tindakan berbau perkauman ke atas bangsa Yahudi yang pernah menjadi mangsa kekejaman Hitler kerana dasar "Eugenic"nya dan juga jenayah "Holocaust". Kini ianya menjadi sesuatu yang tidak bersempadan. Apa sahaja kritikan, kutukan, kenyataan yang tidak selari dengan politik Zionis adalah Anti-Semitik. Malah apa sahaja usaha untuk menyentuh walaupun sedikit dari polisi Zionis di Negara haram Israel, walaupun ianya bertentangan dengan kemanusiaan dan juga undang-undang antarabangsa juga dikategorikan sebagai Anti-Semitik.

Di Jerman pula, lobi Zionis di bawah bayangan undang-undang Anti-Semitik juga telah berjaya menyebabkan seorang ahli Parlimennya telah dilucutkan jawatannya di atas tuduhan Anti-Semitik. Ini menunjukkan lobi Zionis dengan senjata Anti-Semitiknya bukan hanya menguasai bidang undang-undang, malah turut mempunyai pengaruh ke atas bidang politik di Eropah.

Mereka jugalah yang telah melakukan kempen besar-besaran di serata dunia mengutuk kenyataan mantan Perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Muhammad yang pernah mengatakan bahawa kaum Yahudi menguasai dunia melalui proksi-proksi mereka. Cuma beliau bernasib baik kerana tidak membuat kenyataan tersebut di mana-mana Negara yang mempunyai lobi Zionis yang kuat. Jika tidak sudah tentu tindakan undang-undang akan dikenakan ke atasnya.

Lobi ini juga telah membawa puaka sentiment Anti-Semitik ini ke seluruh dunia di dalam bidang media. Di Timur Tengah pula, seorang pengarang akhbar terkenal berbahasa Arab pernah didakwa di mahkamah Peranchis di atas dakwaan Anti-Semitik semata-mata kerana beliau membenarkan sebuah artikel yang mereka kategorikan sebagai Anti-Semitik. Di Mesir pula, duta AS dan duta Israel telah berjaya mengenakan tekanan ke atas pengarang sebuah akhbar tabloid di Kaherah yang akhirnya menyebabkan beliau dipecat kerana membenarkan sebuah artikel yang dikategorikan sebagai Anti-Semitik disiarkan di akhbar tersebut. Penulis artikel itu juga telah diharamkan dari menyumbangkan tulisannya kepada akhbar tersebut.

Di Peranchis, televisyen satelit al-Manar juga telah diharamkan dari disiarkan di Peranchis di atas dakwaan yang sama. Di AS pula, al-manar pula telah dikategorikan sebagai media propaganda pengganas dan dimasukkan ke dalam senarai pertubuhan pengganas CIA. Begitu hebatnya lobi Zionis di serata dunia, dan betapa gigihnya mereka melakukan onar secara global.

Hakikatnya kita semua terdedah kepada kebuasan lobi Zionis bersenjatakan sentimen Anti-Semitik ini. Dengan senjata tersebut, pihak Zionis dan AS bermaharajalela mencabul segala hak asasi manusia, samada ianya hak bersuara, hak mengeluarkan pendapat, hak akademik dan juga hak untuk mempertahankan diri. Segala medium, dari percetakan, media, akademik, undang-undang, politik dan apa-apa sahaja yang wujud adalah terdedah untuk dimanipulasi oleh golongan ini menggunakan sentiment Anti-Semitik. Akhirnya mereka menjadi kebal dan bebas melakukan apa sahaja di serata dunia, terutamanya di Palestin, kerana undang-undang Anti-Semitik menjadi tangkal kebal mereka.
Tanpa disedari oleh ramai pemonopolian mereka terhadap gelaran Semitik ini telah berjaya menipu masyarakat dunia bahawa mereka sahajalah yang layak menjadi keturunan Semitik. Sedangkan pada hakikatnya sejarah, kajian akademik dan juga ilmu Antropologi telah berijmak bahawa bangsa Arab juga merupakan bangsa Semit. Sayangnya, jika fakta ini cuba dikemukan, pastinya pembawanya akan disabitkan kesalah di bawah undang-undang Anti-Semitik kerana menghina kaum Yahudi dengan meletakkan mereka setaraf dengan bangsa Arab!

Apa yang berlaku ini benar-benar perlu diberikan perhatian kepada setiap golongan yang mempunyai kesedaran tentang bahayanya projek Zionis kepada masyarakat dunia dan masyarakat Islam khususnya. Jika mereka bercita-cita untuk menghentikan kegilaan Zionis, mereka perlu terlebih dahulu melepasi pagar berduri yang bernama ?Anti-Semitik? yang telah berjaya mencederakan banyak mangsanya.
Posted by Mohd Faizal   at 11:43 AM No comments:
FRIDAY, JUNE 29, 2012
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVeKazdGk3gzvAfu2Y6xD8aZwhVfRV0jjFSPXSXlJcYOcLFuEZ93PV2K9QbiYCRoKA6pJMSXhLUO7rBXexw9gX-8kJlGt9NDKdbs-9T2bgqktzfSx21-wKpiY4UOy2n7IYDPCwp1klm4lO/s320/greedy.jpeg 
OLEH AMRAN ZAKARIA
ABDULLAH bin Salam atau nama sebenarnya Hushain bin Salam bin Harits, pemimpin Yahudi di Madinah membuat pendedahan kepada Rasulullah SAW siapakah sebenarnya kaum Yahudi itu. Katanya: “Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam, mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenai aku.”

Maka Rasulullah SAW menyembunyikan Abdullah Salam lantas menghantar orang untuk memanggil golongan Yahudi yang kemudiannya menemui Baginda. Rasulullah bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kalian?” Jawab mereka: “Dia terbaik daripada kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin, anak pemimpin kami. Ulama, anak ulama kami”.
Rasulullah SAW bertanya mereka lagi: “Jika dia menganut Islam kalian akan turut menyertainya (menganut Islam)?” Jawab mereka: “Tuhan lindunginya daripada perkara berkenaan.”
Rasulullah kemudian meminta Abdullah bin Salam keluar memberitahu kumpulan Yahudi itu. Abdullah keluar dan menyatakan dengan penuh yakin: “Aku menyaksikan tiada Ilah melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah”.

Lantas golongan Yahudi berkata: “Dialah orang paling jahat dalam kalangan kami, anak orang paling jahat. Orang paling jahil dalam kalangan kami dan anak orang paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam kepada Rasulullah: “Aku sudah beritahu wahai Rasulullah, Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta (Riwayat Ahmad dan Al-Bukhari).

Pendedahan itu memudahkan kita untuk mengenal siapa Yahudi yang begitu kontroversi kepada sebilangan kita hari ini. Memang tidak dinafikan bangsa Yahudi asalnya daripada keturunan mulia apabila dikaitkan dengan Nabi dan Rasul yang dibangkitkan dalam kalangan mereka, namun kemuliaan itu hancur disebabkan tindakan mereka sendiri.

Allah berfirman bermaksud: “Dan Kami tetapkan terhadap Bani Israel dalam kitab itu: Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dua kali dan pasti kamu akan menyombong diri dengan kesombongan yang besar.” (Surah Al- Isra’, ayat 4)
Bangsa Yahudi ini terkenal dengan keangkuhan dan kebiadapannya. Mereka menganggap bangsa lain setaraf haiwan, malah ada di kalangan mereka yang menganggap lebih teruk daripada itu. Bangsa Yahudi sangat menyanjungi kitab suci mereka, hanya mereka satu-satunya bangsa dipilih untuk menguasai dunia. Dalam catatan kitabnya menyebut: “Hanya bangsa Yahudi adalah manusia, sedangkan bangsa lain bukan manusia, melainkan binatang.” (Kerithuth 6b hal.78, Jebhammoth 61a)

Mereka percaya Tuhan memilih mereka sebagai satu-satunya bangsa yang berhak memerintah dunia ini. Manifestasi itu membawa mereka kepada kesombongan yang tinggi sehingga sanggup bersumpah memerangi agama dan bangsa lain. Pegangan mereka adalah kitab Talmud, manakala kitab lain dianggap pembohong.

Halal bagi mereka membunuh bangsa lain khususnya Muslim. Malah dituntut, tidak menjadi kesalahan jika pembunuhan itu dilakukan mereka. Lebih jahat daripada itu mereka sanggup membunuh nabi dan rasul. Nabi Zakaria dan Nabi Yahya dibunuh kejam.

Hakikat sebenarnya menunjukkan jumlah mereka di atas muka bumi ini tidak ramai, hanya seorang bagi setiap 100 Muslim. Keseluruhan mereka berjumlah 14 juta saja, iaitu tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Sebahagian besarnya berada di Asia Barat dan Eropah termasuk di Israel, Amerika Syarikat, Rusisa (negara Kesatuan Soviet), Poland, Kanada, Jerman, Perancis, England, Sepanyol, Amerika Latin dan Iraq.

Ethnik mereka terdiri daripada Ashkenaz, Sephard, Mizrah dan orang Samaria. Bahasa pertuturan mereka ialah Ibrani, Yiddish, Ladino, Dzhidi Judeo-Aram, Judeo-Arab Juhuri, Krymchak, Karaim, Knaanik, Judeo-Parsi, Yevanik dan Zarphatik, manakala gerakan politik mereka ialah Zionisme Buruh, Zionisme Am, Zionisme Keagamaan, Zionisme Revisionis, Bund dan Kibbutzim. Zionisme ialah ideologi dirumuskan Dr Theodore Hertzl pada akhir abad ke-19. Tujuannya menghimpun seluruh etnik Yahudi yang berselerak.

Bermula penghijrahan beramai-ramai Yahudi ke Palestin pada 1882 dan sehingga 1903, sekitar 20,000 sudah berada di Palestin. Selepas mencapai kemerdekaan dari British pada Oktober 1917, Balfour berjanji kepada orang Yahudi pada 2 November 1917 untuk membina negara Yahudi di Palestin.

Ketika peperangan pada 1948, jumlah penduduk Palestin dua juta berbanding Yahudi 650,000, nisbah 69 peratus penduduk asal dengan 31 peratus pendatang haram Yahudi. Pertambahan berlaku disebabkan kemasukan tentera keamanan di bawah kawalan British ketika perang ini. 

Cerpen – Kisah Aiman Suami Insaf (Sedih!) sediakan tisu sebelum mengalirkan airmata kasih :)



 | Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu …solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?

Huh, lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay, salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.
Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya, abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.
“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh ,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman, sebagai suami tersentak. Aduh, dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.
Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.
Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.
Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.
Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.
Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”
“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.
Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.
Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.
Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”
Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu, saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.
Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).
Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.
Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.
Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.
Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.
Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.
“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.
“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah, romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”
Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.
Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.
Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?
Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.
Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…
Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteriyang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =)
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah, tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…
Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman
Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.
Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.
“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur, abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.
“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”
Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.
**********
Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.
Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..
“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.
Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.
“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..
Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”
Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.
Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti. wallahua’lam…

kisah benar seorang pemuda yang berani menyampaikan pendapatnya kepada Datin Seri



Assalamualaikum Datin Seri.
Saya Muhammad Muizzudin bin Zaini
Julai 2011 lalu, genaplah usia saya 19 tahun.
Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.
Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya!
Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, ‘menelan’ buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi!
Datin Seri Rosmah Mansor yang saya hormati,
Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda.
KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT
Datin Seri,
Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk menziarahi jenazah anak tunggal seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil itu, baru berusia 6 tahun. Khairani namanya. Runtun rasa di hati, sebaik melihat keadaan rumah tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama ibunya. Saya cuba membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat menimpa bumbung rumah itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya fikir memadai dengan cahaya matahari yang ‘mencuri’ masuk melaluinya untuk menyinari ruang dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah berhati-hati, kerana lantainya berkeriut dan goyah sekali.
Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat kebanyakan.
Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit sekali melangsaikan yuran bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas, tetapi kesempitan hidup menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang masih bersekolah, ditambah taraf hidup dan kos keperluan yang kian meningkat dari sehari ke sehari, semuanya membebankan!
Datin Seri,
Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik?
Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3 daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa MELAYU!
Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu?
Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut, McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh, hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran ini.
Ia dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan? Rakyat yang terpaksa melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan hidup, namun terpaksa pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan rombongan di luar negara untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos penerbangan untuk keseluruhan rombongan selain daripada penginapan!
Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami Datin Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan isterinya? Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri, mengurangkan subsidi untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para taukeh-taukeh besar dikekalkan, juga ‘penyelarasan-penyelarasan’ harga, teramatlah menyulitkan kami semua.
Sungguh Datin Seri, kami sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan walau beberapa sen. Ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga makanan, pakaian, kos pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan kami. Saban hari, saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali untuk disimpan, ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan.
Kami rakyat tidak meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau tinggal di rumah biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta, supaya Datin Seri dan suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa kami tempuhi.
Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami. Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya terima.
Datin Seri yang saya hormati,
Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat!
Apakah Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin Seri cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa! Namanya cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia yang paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat ke atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung tidak memohon maaf. Langsung tidak!
Sedangkan para Ulama’ masih berbahas, bagaimana cara paling baik untuk mengagungkan Manusia Mulia ini, tiba-tiba Datin Seri kelihatan meredhai perbuatan yang jelas MENGHINA Baginda Nabi SAW!
Sebenarnya, Datin Seri sudah dari awal menunjukkan kecekalan Datin Seri melanggar syariat Allah. Datin Seri tidak menutup aurat, bersentuhan, berlaga pipi dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram yang disepakati sekalian Ulama’ sebagai perbuatan yang HARAM!
Menyentuh anjing atau khinzir, hukumnya juga Haram. Namun, hilang kotornya dengan perbuatan menyamak. Malangnya, tiada apa yang mampu ‘membersihkan’ haram dan kotornya nya menyentuh lelaki ajnabi kecuali
API NERAKA!
Lalu, dengan semua perlakuan Datin Seri, apakah mungkin Datin Seri fikir kami rakyat akan menerima dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinannya berusaha keras berjuang demi Islam dan bangsa. Sedangkan isterinya sendiri, tidak memelihara Akhlak dan Syariat Islam, juga adab-adab kesantunan Melayu malahan!
RAKYAT MENGIKUTI PEMIMPIN MEREKA
Kata ahli hikmah, “Agama manusia itu, di atas Pemimpin mereka”. Tinggi sahsiahnya, baik akhlaknya, ikhlas hatinya, patuh dan taat kepada Allah, maka begitulah jua rakyatnya. Rakyat akan terpengaruh dengan ketua mereka.
Malaysia hari ini, dalam keadaan yang benar-benar dahsyat bagi saya. Setiap masa perlu di dalam keadaan berjaga-jaga, kerana penjenayah menunggu kita alpa. Gerun saya melihatkan kanak-kanak yang bermain sendirian di halaman 
rumah, bimbang kalau-kalau ada manusia busuk hati yang berniat jahat kerana jenayah hari ini langsung tidak mengenal beza usia!
Budaya Hedonisme melampau. Nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan. Remaja Melayu Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang daripada Islam dan adab Melayu. Tidak kekok mengogok arak di pesta-pesta jamuan nafsu. Saban hari ada sahaja kes bunuh bayi lewat pergaulan tanpa batas! Hari ini, remaja mati dengan sia-sia. Samada mati dalam ketagihan najis dadah, atau kemalangan dalam perlumbaan haram!
Bahkan seribu satu lagi, penyakit-penyakit sosial yang sedang membarah, membusuk di dalam negara tercinta!
Bukanlah saya menuding jari kepada Datin Seri dan suami, saya akui malahan, bahawa Datin Seri kelihatan cuba berusaha sedikit sebanyak bagi menangani masalah-masalah ini. Namun, hakikatnya, keadaan rakyat sesuai dengan keadaan pemimpinnya!
Manusia yang jelas disabitkan kesalahan rasuah, diangkat menjadi pemimpin! Manakala pemimpin lain yang mengkritik tindakan ini, di arah supaya tutup mulut dan diambil tindakan! Apa sudah jadi pada negara!? Sedangkan Nabi SAW bersabda, “Apabila amanah diberikan kepada BUKAN ahlinya, maka tunggulah KEHANCURAN!”
Pemimpin negara tidak memelihara adab pergaulan Islam, tidak memelihara batas aurat, berbelanja boros tanpa timbang rasa kepada rakyat, justeru, bagaimana mungkin kita mengharapkan yang baik-baik daripada rakyat?
Saya gerun melihat perkembangan ini, Datin Seri. Hari ini, kita mengeluh kerana ramainya anak-anak luar nikah yang didaftarkan. Bayangkanlah, apa yang mungkin kita keluhkan 5 atau 10 tahun akan datang!
Antara sifat agama kita, INQILABIYYAH Datin Seri. Ertinya, adil dan zalim mustahil begerak seiring. Kebenaran dan kebatilan sama sekali tidak akan bercampur. Syariat Islam dan yang bercanggah dengannya, pasti tidak akan ditemui titik temu antara keduanya. Justeru, Datin Seri berusahalah sehebat manapun untuk memperbaiki masalah sosial, gejala buang bayi dan sebagainya, selagi suami dan kerajaan Datin Seri terus mengesampingkan hukum Allah, dasar Allah, syariat Allah, maka Datin Seri tidak akan BERJAYA! Berani saya kata!
Bagaimana tidak? Datin Seri berusaha mengelakkan masalah bunuh bayi yang kita semua maklum ia bermula daripada pergaulan bebas, sedangkan hub hiburan malam, lesen judi dan konsert-konsert mega sebenarnya adalah penyumbang besar kepada masalah ini! Kerajaan pimpinan suami Datin Seri, umpama membina dan meruntuhkannya semula. Bina dan runtuh, kemudian bina dan runtuhkan lagi. Itulah kitarannya.
KUASADatin Seri ke luar negara untuk bertemu pemimpin negara luar, pernah juga Datin Seri menyambut kehadiran Perdana Menteri luar negara ke Malaysia, dana RM111 juta untuk PERMATA, pertemuan First Lady dan liputan-liputan meluas setiap aktiviti Datin Seri di media dalam dan luar negara, itu bagi saya menunjukkan yang Datin Seri seolah-olah punya kuasa di dalam pentadbiran negara.
Justeru, sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya dengan baik, bagaimana ini semua berlaku? Sedangkan, kami rakyat tidak pernah melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri yang memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan Datin Seri turut berkuasa?
Datin Seri pasti tahu, berkenaan kebangkitan rakyat yang menyemarak di Timur Tengah. Kerajaan yang tidak bertimbang rasa diterjah dan dihalau rakyat! Antara isunya ialah bagaimana berkuasa dan kaya rayanya isteri kepada pemimpin-pemimpin yang telah tumbang itu.
Saya cintakan negara saya. Tidak sanggup saya melihat negara porak peranda, namun, kiranya Datin Seri berterusan mengikut jejak langkah isteri-isteri pemimpin yang tumbang itu, maka mungkin Datin Seri dan suami boleh menerima nasib yang sama. Kami rakyat semakin tidak tertanggung lagi dengan tekanan-tekanan kewangan dan keperluan hidup sekarang!
Datin Seri,
Surat ini bukanlah ancaman, bukan juga ugutan. Ia sekadar luahan rasa, nasihat dan pandangan yang cuba seorang anak muda sampaikan. Ingin benar saya ingatkan, kedudukan yang Datin Seri nikmati hari ini, adalah kerana rakyat memilih suami Datin Seri. Kuasa di tangan kami, untuk menentukan jatuh dan bangunnya Datin Seri dan suami. Dan sebenarnya, kami rakyat hanyalah ‘jalan’ bagi Allah untuk mengatur ketentuan ini, Allah jualah yang meletakkan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakinya.
Justeru, berbaiklah dengan kami. Patuhilah suruhan Allah. Kami tidak pinta lebih, sekadar bertimbang-rasa untuk kami.
Datin Seri yang dihormati,
Surat ini mungkin sampai ke tangan Datin Seri. Mungkin sampai sendiri, atau terhenti di tangan pembantu-pembantu Datin Seri atau tidak mampu hampir sama sekali. Kiranya ia selamat sampai ke tangan Datin Seri, saya pohon maaf, kalaulah surat kecil saya ini mengguris rasa Datin Seri. Maafkan saya, kalau ia kerana kesilapan-kesilapan bahasa dan cara penulisan. Namun, andainya Datin Seri terasa hati kerana menerima teguran, tidak akan saya pohon maaf untuk itu! Teguran ini adalah benar, justeru tiada apa yang perlu saya risaukan dengan kebenaran. Ia pasti menang dan tertegak!

6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim



1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..
2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…
3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..
5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..
6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA…….

kord gitar lagu menunggu - akim


C                                         AM
Ku selalu menyakiti dan sering berdusta
DM                                             G
Dan membuat kau tinggalkan aku
C                                          AM
Pertelingkahan kita selalu tiada akhirnya
DM                                             G
Melemaskan mu dalam cinta ku
C                                             G
Menanti mu hingga kau kembali
DM                                       G
Kan mencuba menjaga hati mu
C                                            AM
Setia dan hidup ku selalu dengan mu
DM                                              G
Menemani mu sehingga akhir waktu
C                                          AM
Kenangan indah ketika kita bersama
DM                                              G
Membuat ku terbayangkan kamu
C                                          AM
Aku tahu cinta ku tersemat di hati ku
DM                                         G
Aku yakin hanya kau untuk ku
C                                          AM
Menanti mu hingga kau kembali
DM                                         G
Kan mencuba menjaga hati mu
C                                          AM
Setia dan hidup ku selalu dengan mu
DM                                         G
Menemani mu sehingga akhir waktu
F                           G
Aku kan menunggu
EM                            AM
Hingga kita kan bersama
DM                         G
Kau akan selalu ku cinta
C                                          G
Menanti mu hingga kau kembali
DM                                         G
Kan mencuba menjaga hati mu
C                                             AM
Setia dan hidup ku selalu dengan mu
DM                                           G
Menemani mu hingga akhir waktu