Maklumat dari
akhbar, buku, bahan bacaan, internet dan pelbagai sumber berita mengenai
Yahudi-Zionis-Israel
THURSDAY, NOVEMBER 22, 2012
Oleh Johan Jaafar
Sumber : Berita Harian 23 Nov
2012
Pada tahun 2006, tentera Israel menyerang Lubnan. Di tengah kemarahan dunia
terhadap Israel, bekas pegawai tinggi tenteranya, Ave Azrieli menulis di dalam
akhbar International Herald Tribune tentang perlunya negara itu berubah sikap.
Azrieli menggesa Israel menjadi sebahagian daripada ‘negara Asia Barat’, bukan
sebuah pulau di tengah wilayah yang membenci dan mengasingkannya.
Menurut beliau, demi kelangsungan, Israel ‘harus menerima hakikat bahawa
manusia di sekelilingnya bukan sahaja perlu dilihat sebagai musuh tetapi juga
mereka yang harus hidup bersama-sama di dalam wilayah yang paling bermasalah di
dunia.” Malah beliau mencadangkan agar Israel menghantar mesej yang jelas
kepada dunia Arab, ‘bahawa kami menghormati kamu.’
Pandangan sedemikian tidak pernah dan tidak mungkin dipedulikan oleh
pimpinan Israel. Banyak lagi sebenarnya ilmuwan dan pemikir berbangsa Yahudi
yang tidak menyenangi dasar Israel dan fahaman Zionisme. Noam Chomsky,
cendekiawan berbangsa Yahudi, yang juga ahli falsafah, tokoh sejarah dan ahli
linguistik tersohor banyak menyuarakan kecaman beliau terhadap dasar Israel.
Israel hantar mesej pada Obama
Gaza in Crisis: Reflections on Israel’s War Against the Palestinians yang
merupakan koleksi wawancara dan esei beliau yang terbit pada tahun 2010 amat
relevan ditelaah pada masa ini. Dua buah bab di dalamnya, ‘The Ghettoization of
Palestine’ dan ‘The Killing Fields of Gaza 2004-2009’ sangat penting dibaca
hari ini.
Serangan ke atas Lubnan pada tahun 2006 tidak menguntungkan Israel. Pada tahun
itu, dalam satu tinjauan ke atas rakyat negara-negara Kesatuan Eropah (EU)
mendapati 59 peratus responden mengatakan dalam konteks mengacau keamanan
dunia, Israel lebih berbahaya daripada Iran, Korea Selatan dan Pakistan.
Seperti biasa, Israel tidak akan menghormati sesiapa. Malah tidak memandang
sebelah matapun pada bantahan dan kecaman 1.3 bilion umat Islam. Serangan ke
atas Gaza yang bermula dua minggu lalu menunjukkan satu lagi contoh bagaimana
Israel akan berbuat apa sahaja yang disukainya. Seperti biasa juga, alasan yang
diberikan adalah demi ‘mempertahankan diri’. Tiada siapa yang menanyakan hak
rakyat Palestin untuk hidup. Apakah dengan menyerang pejabat Perdana Menteri
Palestin, Ismael Haniyeh dan membunuh dan Ahmad Jabari sebahagian daripada
usaha mempertahankan diri?
Israel sebenarnya mahu menghantar mesej pada Presiden Barack Obama bahawa “kami
tidak perlu mengikut cakap kamu.” Atau amaran pada Obama bahawa Israel tidak
menghormati sesiapa dalam konteks menangani jiran-jirannya. Obama yang dilantik
semula sebagai Presiden AS antara lain kerana sokongan lobi Yahudi yang kuat,
tidak akan mengecam tindakan Israel. Pada waktu yang sama AS meminta Mesir
menggunakan ‘pengaruhnya’ di rantau itu untuk menenangkan keadaan. Apakah pula
‘nasihat’ AS terhadap sekutunya, Israel?
Kebangkitan ‘Arab Spring’
Kali ini tindakan Israel membawa implikasi yang jauh lebih berbahaya. ‘Arab
Spring’ telah memberikan nafas demokrasi baru di negara-negara Arab. Kemarahan
anak-anak muda kali ini tidak mampu dibendung oleh kerajaan baru yang lebih
demokratik dan terbuka. Kita semua tahu Palestin adalah punca utama kemarahan
orang Islam terhadap Israel dan AS. Sikap radikal di kalangan anak-anak muda
Islam dicetuskan sebahagian besarnya oleh isu Palestin.
Tidak ada seorangpun Presiden AS yang sehingga ini dapat menyelesaikan masalah
Palestin. Harapan umat Islam pada Obama nampaknya terlalu tinggi. Kita semua
tahu siapapun di Rumah Putih tidak akan mengubah dasar AS terhadap Israel.
Nampaknya untuk empat tahun lagi, rakyat Palestin akan terus menderita.
Sebahagian besar daripada mereka menjadi pelarian di negara orang – tanpa
negara, tidak dikehendaki dan hanya menjadi statistik dalam bentuk jumlah
pelarian. Selepas Obama? Keadaan mungkin lebih buruk. Jikalau Obama tidak dapat
mengekang keganasan Israel, tiada siapa lagi yang boleh berbuat demikian.
Tidak lama dahulu seorang penulis sejarah berbangsa Yahudi menulis buku
Hitler’s Willing Executioners: Ordinary Germans and the Holocaust. Menurut
beliau, bukan Hitler dan anggota Parti Nazi sahaja yang bertanggungjawab ke
atas pembunuhan kaum Yahudi sewaktu Perang Dunia Kedua. Rakyat Jerman
seluruhnya ‘turut bertanggungjawab’.
Apakah agaknya teori beliau terhadap kekejaman kerajaan Israel hari ini
terhadap rakyat Palestin? Tidakkah seluruh rakyat Israel sepatutnya
‘bertanggungjawab’? Bukankah mereka juga pada masa ini ‘willing executioners’
seperti juga tuduhan yang beliau lemparkan ke atas seluruh rakyat Jerman
sewaktu pemerintahan Hitler?
TUESDAY, SEPTEMBER 4, 2012

Gambar Ihsan http://oyaonsketch.blogspot.ca/2012/06/membedakan-zionisme-dari-yahudi.html
Artikel dimuatkan kembali di sini dari laman web Cloudfable atas
persetujuan penulis dan pengendali web. Artikel asal boleh didapati di
http://cloudfable.com/2012/08/zionis-sebenar/
RAMAI dalam kalangan masyarakat yang menyamakan istilah Zionis dengan bangsa
Yahudi dan negara Israel, namun hakikatnya ia berbeza walaupun masih mempunyai
kaitan secara langsung. Istilah Zionis sebenarnya merujuk kepada satu gerakan
yang mendukung idelogi penubuhan sebuah negara untuk bangsa Yahudi di negara
Palestin. Penulis mengatakan istilah Zionis tidak merujuk bangsa Yahudi secara
keseluruhannya kerana bersandarkan fakta yang mana tidak semua orang Yahudi
mendukung fahaman Zionis ini. Istilah Zionis sebenarnya berasal dari
perkataan zion yang mana merujuk kepada sebuah gunung di
Jerussalem yang mana akhirnya membawa kepada makna Land of Israel.
Gerakan Zionis ini muncul secara nyata apabila tumbangnya kerajaan Islam
Uthmaniyyah di Turki pada 29 Oktober 1923 hasil percaturan negara-negara kuasa
dunia ketika itu. Ketika inilah dominan gerakan Zionisme mula menampakkan
sifatnya. Biasanya kita hanya mengaitkan nama Kamal Al-Tarturk terhadap insiden
ini, tetapi hakikatnya terdapat beberapa faktor yang lebih besar yang mendorong
kepada kejatuhan kerajaan Islam ketika itu. Antara faktor-faktor utamanya
ialah:
1. Faktor ekonomi
Kerajaan Uthmaniyyah menghadapi kesukaran membayar hutang kepada bank-bank di
Eropah. Pinjaman ini diuruskan oleh pihak Perancis dan British dengan beberapa
syarat-syarat tertentu dan akhirnya membawa kepada kehilangan wilayahnya kepada
pihak Eropah. Kebanyakan negara islam merupakan jajahan takluk kerajaan Islam
Uthmaniyyah ketika itu, termasuklah wilayah Palestin.
2. Arab Revolt 1916
Kebangkitan semangat nasionalis dalam kalangan masyarakat Arab telah mewujudkan
satu usaha untuk memisahkan negara Arab daripada kawalan kerajaan Islam
Uthmaniyyah. Gerakan ini mendapat sokongan yang kuat daripada pihak penjajah
secara rahsia. Pihak British memainkan peranannya dengan cukup baik apabila
menyedari terdapat sentimen anti-Uthmaniyyah dalam kalangan masyarakat arab.
Arab Saudi dilihat sebagai satu peluang yang baik untuk pihak British memulakan
gerakan pemisahan apabila berlakunya ‘exchanged corresponde‘ oleh sherif
Makkah iaitu Hussein Ibn Ali dengan McMahon selaku Pesuruhjaya Tinggi United
Kingdom di Mesir.
3. Perjanjian Sykes-Picot 1916
Perjanjian rahsia ini berlaku di antara pihak Perancis, Russia dan British pada
16 Mei 1916 dengan jangkaan bahawa Kerajaan Islam Uthmaniyyah akan tumbang.
Perjanjian ini membahagikan kawasan tanah arab kepada beberapa kek wilayah.
Pihak British dibenarkan untuk menguasai wilayah Trans-Jordan, Perancis
menguasai Turki, utara Iraq, Lubnan dan Syria manakala Russia menguasai
Konstantine, selat Turki dan wilayah Uthmaniah Armani. Palestin pada awalnya
dijadikan wilayah antarabangsa namun akhirnya jatuh ke tangan British. Setelah
wilayah Palestin jatuh ke tangan British, maka bermulalah kemasukkan ‘Jewish
People‘ ke dalam negara Palestin secara terancang. Walaupun pada awalnya
ramai dalam kalangan masyarakat Yahudi di serata dunia tidak yakin, namun
akhirnya akur apabila berlaku pembunuhan beramai-ramai oleh pihak Nazi Jerman
terhadap kaum Yahudi di Eropah. Balfour Declaration Mandate dilaksanakan bagi
memberikan pihak British mandat:
“His Majesty’s Government view with favour the establishment in Palestine of
a national home for the jewish people, and will use their best endeavour to
facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that
nothing shall be done which may prejudice the civil and religious right of
existing non-Jewish communities in Palestine, or the right and political status
enjoyed by Jews in any other country.”
Sejarah Awal Gerakan Zionis
Nama tokoh Yahudi selaku Pioneers gerakan Zionis
seperti Theodore Herzl (1860-1904) pastinya dikenali ramai, namun hakikatnya ia
telah dipelopori sejak ratusan tahun lalu oleh tokoh seperti Shabbetai Zvi
(1626-1676), Judah Alkalai (1798-1878), Moses Hess (1812-1875), dan Leo Pinsker
(1821-1871). Gerakan Zionis telah dilancarkan oleh Theodore Herzl pada tahun
1897 dan diperakui dalam ‘World Zionist Congress’ di Basle pada 27-29 Ogos
1897. Gerakan ini telah menjadi satu usaha di peringkat global untuk mewujudkan
sebuah negara Israel di Palestin dan seterusnya mendapatkan sokongan kepada
kewujudannya. Herzl mewujudkan hubungan diplomatik yang kuat bagi mendapatkan
sokongan kuasa besar ketika itu dan memujuk British untuk terlibat sama
dalam Jewish Project.
Sebenarnya, negara Palestin merupakan bukan pilihan utama sebagai tempat
penubuhan negara Yahudi, tetapi Herzl memilih sebuah negara di Afrika iaitu
Uganda sebagai pilihannya namun ditolak sewaktu Second Zionist
Conference. Pada tahun 1898 sewaktu lawatannya ke Palestin, dia tidak
merasa berminat dengan Palestin kerana negara Palestin ketika itu kotor dan
telah berlaku pencemaran. Akhirnya, untuk mengekalkan strategi agar terus
berkuasa, Herzl bersetuju memilih Palestin sebagai pilihan penubuhan negara
Israel. Antara usaha yang dilakukan oleh Herzl adalah menawarkan bantuan
kewangan kepada Sultan Abdul Hamid (Kerajaan Uthmaniyyah) sebagai pertukaran
kepada kewujudan negara Israel di Palestin, namun Sultan Abdul Hamid mengambil
keputusan untuk menolak cadangan itu. British mengambil alih Zionist
Project apabilaWorld Zionist Organization tajaan Herzl
gagal mencapai kejayaan yang besar dan akhirnya British berjaya mendapatkan
negara Palestin pada september 1918.
Semasa kekuasaan British di Palestin (1918-1948), pintu negara Palestin telah
dibuka dengan seluas-luasnya untuk menerima kemasukan pelarian Yahudi dari
seluruh dunia. Bilangan penduduk Yahudi meningkat secara mendadak dari 55 000
orang (1918) kepada 646 00 orang (1948). Selepas perang Dunia ke-2 dan
penubuhan negara Israel di Palestin, pihak Zionis mengalami kesukaran untuk
memujuk lebih ramai bangsa Yahudi masuk ke dalam Palestin. Jika hal ini
berterusan, negara Israel akan mengalami masalah dari segi demografi penduduk apabila
rakyat asal Palestin berjumlah jutaan orang. Namun peristiwa Holocaust yang
berlaku di Eropah seakan satu konspirasi untuk kembali memaksa bangsa Yahudi di
Eropah kembali memikirkan semula perpindahan mereka ke Palestin.
Kristian Zionis
Mungkin istilah ini sesuatu yang baru dan asing, hakikatnya ia merupakan
tulang belakang yang banyak membantu penubuhan dan seterusnya mengekalkan
negara Israel di bumi Palestin. Kristian Zionism ini boleh diertikan sebagai
penganut Kristian yang menyokong kepulangan bangsa Yahudi ke wilayah Palestin
mengikut ramalan Bible. Ia merupakan satu kepercayaan dalam
kalangan sebahagian penganut agama Kristian yang mana mempercayai kedatanganMessiah ke
bumi dan pemerintahannya sebagai Raja. Kristian Zionis menafsirkan Torah dan New
Testament sebagai ramalan masa hadapan bagaimana dunia ini berakhir
dengan kedatanganJesus dari syurga yang akan memerintah dunia.
Kewujudan negara Israel dianggap sebagai titik pusat terhadap visi mereka itu.
Merujuk kepada risalah yang dikeluarkan oleh Prebyterian Church(AS),
golongan Kristian Zionis ini mengaitkan tafsiran literal Genesis 12:3
adalah merujuk kepada Israel iaitu, “I will bless those who bless you, and
the one curses you will curse.“
Sokongan golongan ini bukan baru, tetapi bermula seawal tahun 1880 apabila
William Hechler membentuk satu komuniti Kristian Zionis untuk membantu
pemindahan bangsa Yahudi Rusia ke Palestin. Beberapa tahun kemudian, dia
berkawan dengan Theodor Herzl selepas membaca buku Herzl yang bertajuk The
Jewish State dan turut membantu meningkatkan sokongan terhadap gerakan
Zionism. Pada tahun 1980, Jerry Falwell iaitu pengasas Moral Majority (gerakan
pro-Zionism) berkata tentang negara Israel, “I firmly believe God has
blessed America because America has blessed the Jew. If this nation wants her
fields to remain white with grain, her scientific achievements to remain
notable, and her freedom to remain intact, America must continue to stand with
Israel.“
Melalui kerja-kerja kebajikan, sokongan politik dan bantuan kewangan kepada
Israel, Kristian Zionis telah menunjukkan bahawa mereka adalah seteru terbaik
kepada kewujudan negara Israel. Terdapat beberapa contoh yang membuktikan fakta
ini, antaranya ialah; Pastor John Hagee telah berjaya memungut USD 4.7 Million
untuk disalurkan kepada United Jewish Communities, Pat Robertsons
daripada Christian Broadcasting Network telah mendermakan
ratusan ribu dolar untuk membantu Yahudi diseluruh dunia untuk berpindah ke
Israel. Dalam konteks semasa, kita dapat melihat sokongan kerajaan Amerika
Syarikat dan barat secara amnya terhadap negara Israel dengan pemberian bantuan
kewangan berbillion dollar dan sokongan ketenteraan atas alasan keselamatan.
Naturei Karta
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tidak semua Yahudi adalah Zionis
dan begitu juga sebaliknya. Kewujudan kumpulan Neturei Karta (The Guardians
of The City) telah membuktikan kebenaran fakta ini. Menurut kefahaman
mereka, gerakan Zionis dan penubuhan negara Israel adalah bertujuan untuk
merosakkan agama Yahudi. Mereka juga mendakwa gerakan Zionism tidak sesekali
mewakili bangsa Yahudi secara keseluruhan dan mereka yang berpegang kepada
fahaman Zionis ini dianggap kafir oleh mereka. Gerakan ini diasaskan di
Jerusalem, Palestin pada tahun 1938 hasil dari serpihan pecahan kumpulan
Agusdas Yisroel. Agusda Yisroel pada awalnya wujud menentang aliran Zionism,
tetapi akhirnya mula melemahkan pegangnya apabila ramai dalam kalangan
pengikutnya mulai terpengaruh dengan gerakan Zionisme. Masalah ini berlarutan
apabila Rabbi Cook the Elder mengeluarkan fatwa wajib bagi bangsa Yahudi
seluruh dunia menyokong gerakan Zionism berdasarkan tafsiran semula Talmud.
Bagi mereka yang masih berpegang teguh pada kepercayaan asal dan meneruskan
penentangan terhadap Zionis, mereka menyisihkan diri daripada kumpulan Agusdas
Yisroel dan membentuk Neturei Karta.
Antara perbezaan yang ketara di antara Neturei Karta dengan golongan Zionis
adalah sikap mereka terhadap isu negara Israel di Palestin. Kumpulan Neturei
Karta sama sekali menentang pembinaan negara Israel (Erez Yizrael) kerana
beranggapan bahawa ini hak Tuhan mereka untuk menentukannya, apatah lagi
pembinaan negara Erez Yizrael menumpahkan banyak darah serta mengambil hak
orang lain. Mereka berpegang pada apa yang disebut di dalam Tenach, “not
with armed force and not with power, but in My spirit says the Lord of Hosts.”
Mereka sebenarnya yakin terhadap kedatangan Messiah yang telah
dijanjikan Tuhan untuk pulang bersama ke Palestin dan hidup aman dan harmoni
dengan penduduk lain dalam keadaan beriman kepada Tuhan. Sesuatu yang menarik
untuk dikongsi bersama, terdapat kisah Messiah dalam versi
agama Kristian, Yahudi dan juga Islam, namun apakah kebenaran disebalik
cerita Messiah ini dari sudut Islam?
Sesuatu yang menarik untuk dikongsikan, kumpulan ini bukan hanya tidak
mengiktiraf gerakan Zionism, mereka banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan
yang menyatakan kerelaan mereka untuk bernaung di bawah kerajaan Islam
berbanding di bawah pemerintahan Zionis. Kenyataan ini dibuat di dalam
akhbar-akhbar mereka sejak dari tahun 1944 lagi. Mereka juga sering kali
mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengutuk kerajaan Israel dan sering kali
menggantung bendera Israel separa tiang apabila tiba hari sambutan kebangsaan
penubuhan negara Israel yang dilakukan pada setiap tahun. Kenyataan paling
berani yang pernah dikeluarkan oleh mereka adalah mengenai kesediaan mereka
untuk hidup bersama-sama kaum Muslimin di dalam sebuah negara Islam Palestin.
Hal ini telah mendatangkan tindak balas yang negatif oleh pihak Zionis apabila
penempatan mereka di Mea Sherim telah dikacau dan dihuru-harakan oleh rejim
Zionis. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk keluar berhijrah
meninggalkan wilayah Palestin.
Gerakan Neturei Karta kini telah mempunyai 60 000 keahlian di serata dunia dan berpusat
di Brooklyn, AS. Mereka juga sering berhubung dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu
(PBB) untuk menyuarakan pandangan-pandangan mereka terhadap isu Palestin dan
menggesa PBB agar tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Usaha mereka juga
meliputi masyarakat antarabangsa apabila ia menyeru masyarakat dunia agar tidak
mengiktiraf kewujudan negara Israel dan ia perlu digantikan dengan negara
Palestin yang merdeka.
Terdapat juga segelintir golongan Yahudi yang merasa tidak selesa dengan
gerakan Zionis terutamanya Christian Zionist. Mereka merasa tidak
selesa disebabkan oleh beberapa isu sepertiChristian replacement theology, evangelical
proselytizing dan hal-hal berkaitan dengan isu politik domestik.
Mereka juga merasakan bahawa Kristian Zionis adalah lebih konservatif terhadap
isu di Palestin lebih daripada orang Yahudi sendiri. Apabila kerajaan Israel
memberi sebahagian kawasan Israel kepada penduduk Palestin, berlaku kritikan
yang hebat daripada golongan Kristian Zionis. Golongan Kristian Zionis beranggapan
bahawa negara Israel adalah pemberian kepada bangsa Yahudi oleh Tuhan. Pat
Robertson menyatakan bahawa, “It’s an absolute disaster…I don’t think the
holy God is going to be happy about someone giving up his land.” Dia juga
mendakwa bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon jatuh sakit adalah sebagai
balasan kerana menyerahkan sebahagian Israel kepada rakyat Palestin.
Kesimpulan
Isu yang melibatkan negara Palestin bukan membabitkan pertempuran di
antara umat islam dengan bangsa Yahudi semata, hakikatnya jika isu ini dinilai
dari kaca mata yang lebih luas, umat Islam sebenarnya berhadapan dengan hampir
keseluruhan kuasa besar dunia yang menganuti akidah Zionis. Usaha untuk
melahirkan kembali tokoh pahlawan Islam sehebat Sallehudin Al-Ayubi hasil usaha
tajdid oleh Imam Al-Ghazali bukan mampu untuk direalisasikan dalam masa puluhan
tahun, bahkan ia mungkin mengambil masa ratusan tahun. Kewujudan negara haram
Israel moden masih boleh dianggap terlalu baru, sejarah telah membuktikan hal
ini. Usaha menyedarkan umat islam tentang hakikat pertempuran yang sedang
berlaku di antara ideologi Zionisme (terutamanya Kristian Zionis) dengan agama
Islam perlu dicanangkan secara meluas. Suka juga untuk penulis ingatkan,
usahlah kita terlalu mendabik dada dengan sejumlah besar bantuan kewangan yang
disumbangkan saban tahun kepada rakyat Palestin, kerana belum pasti sumbangan
kita itu sampai ke kumpulan sasaran. Di sekeliling bumi Palestin, ramainya
jasad Islam yang mati jiwanya namun Zionis mindanya kerana sentiasa ingin memenuhi
kantong poket dengan darah saudaranya!
SATURDAY, AUGUST 11, 2012

Oleh: Ku Seman Ku Husain
Di salin dari http://utusan.com.my/utusan/Sastera/20120729/sa_02/Rahsia-kehebatan-Yahudi
BARANGKALI sebahagian besar daripada kita melihat konflik di Asia Barat antara
Israel dan Palestin dengan penuh persoalan; kenapa Israel kuat dan sukar
ditewaskan? Israel kini menjadi satu-satunya negara Yahudi selepas merampas
daripada Palestin tahun 1948.
Israel yang saiznya jauh lebih kecil berbanding negara-negara dunia Arab.
Tetapi sejak 1948 hingga kini Israel terus kuat, apa lagi dengan sokongan padu
oleh Amerika Syarikat (AS). Maka kita pun berkata, Yahudi di Israel hebat
kerana diberi perlindungan oleh AS.
Melihat Yahudi di Israel dalam penguasaan politik di Asia Barat sebenarnya
berbeza dengan melihat kejayaan dan penguasaan Yahudi di peringkat global.
Yahudi pada relatifnya tidak ramai. Tetapi Yahudi muncul sebagai bangsa yang
berkuasa daripada sudut ekonomi dan teknologi.
Buku Mengapa Yahudi Berprestasi ini membawa kita menyusuri
banyak hujah yang menyuraikan persoalan tersebut. Suatu yang penting dimuatkan
dalam buku ini ialah sikap orang Yahudi yang berkerja keras dan sentiasa
berazam menguasai ilmu setinggi yang mungkin. Dengan ilmu Yahudi boleh
menguasai dunia.
Satu hakikat yang kita tidak dapat menolaknya ialah Yahudi didokong oleh warga
yang patriotik terhadap bangsanya. Sebelum ini buku The Jews
Contribution to the 20th Century susunan Alan Symons telah
menyenaraikan 1,000 tokoh Yahudi di pelbagai bidang. Dari korporat, sastera,
filem dan falsafah, semuanya dikuasai oleh tokoh berbangsa Yahudi. Bangsa lain
tidak begitu beriltizam untuk memperjuangkan bangsanya.
Pengalaman pahit pada era Nazi pimpinan Hitler adalah cetusan kebangkitan
Yahudi abad ke-20. Jumlah 1,000 tokoh dalam senarai Symons ini datangnya dari
40 buah negara di dunia. Pada akhir abad ke-20, Spielberg diangkat sebagai wira
apabila menghasilkan filem Schindler's List. Filem ini
mengingatkan kekejaman terhadap Yahudi semasa Perang Dunia Kedua di Jerman.
Penulis buku Mengapa Yahudi Berprestasi pula sangat realistik
apabila menyenaraikan sekian banyak tokoh Yahudi dalam pelbagai bidang yang
seterusnya menguasai dunia. Tokoh-tokoh ini bukan melalui jalan singkat tetapi
berkerja keras selain tidak berpecah belah seperti banyak bangsa lain yang
kemudiannya melemahkan bangsa tersebut. Tetapi Yahudi bersatu dan saling
membantu demi bangsanya.
Yahudi tidak seperti bangsa-bangsa lain yang sangat kemaruk dengan politik
kononnya boleh membantu bangsa. Tetapi politik sebenarnya bergantung kepada
kuasa ekonomi yang dipegang oleh Yahudi. Di AS misalnya, biar siapa pun yang
dipilih menjadi Presiden, yang menentukan haluannya ialah Yahudi. Sebab itu
Barack Obama semasa berkempen dan semasa baru menjadi Presiden memperlihatkan
dasarnya mendekati dunia Islam.
Tetapi lihatlah apa yang berlaku sekarang? Obama tidak boleh mengubah dasar
yang ditentukan Yahudi sesuka hati. Akhirnya Obama juga seperti Bush yang
berhasrat menyerang Iran sebabnya Iran satu-satunya negara di dunia Islam yang
memberi masalah kepada Yahudi di Israel.
Menurut buku ini, pengalaman hidup yang pahit serta kemampuan mendepani
pelbagai tentangan telah membawa kepada satu hipotesis bahawa Yahudi bertahan
kerana mahu terus hidup. Mereka seakan-akan terus hidup dalam suasana terancam
dan ini telah mempengaruhi psikologi sense of competition. Ini
menjadikan mereka sentiasa waspada, proaktif dan kuat dalam semua bidang.
Dengan bermodalkan kemampuan untuk terus hidup dalam setiap pentas sejarah
telah dijadikan fakta keunggulan bangsa untuk terus meraih kejayaan.
Yahudi memang berkiblatkan wang kerana wang adalah kuasa. Tetapi mereka tidak
ada jalan pintas untuk mendapat wang kecuali berkerja keras dan berfikiran
cerdas. Yahudi telah lama mengalihkan sesuatu yang negatif menjadi positif.
Misalnya pada setiap tragedi yang menyakitkan dilihat sudut positif sebagai
pendorong mendepani tentangan.
Bayangkan, majalah Forbes telah mencatatkan 400 orang terkaya
di dunia setakat ini di mana 45 peratus daripadanya adalah Yahudi padahal
populasi Yahudi hanya dua peratus daripada penduduk Amerika Syarikat. Selain
itu 20 peratus profesor yang mengajar di universiti ulung di AS adalah Yahudi,
40 peratus syarikat perundangan di bandar raya New York dan Washington dimiliki
oleh Yahudi.
Di dunia ini ada bangsa yang besar pun boleh terpecah dua atau tiga kerana
berbeza fahaman politik biarpun satu agama. Akhirnya bangsa lain yang lebih
kecil tetapi bersatu telah menguasai ekonomi. Tetapi perpecahan begini tidak
berlaku kalangan Yahudi kerana mereka sedar dengan jumlah yang kecil tetapi
mempunyai otak (kebijaksanaan) yang besar, mereka boleh berkuasa.
Untuk mendapatkan otak yang besar Yahudi terpaksa berusaha berlipat ganda
sebagai golongan minoriti khususnya di AS. Sebenarnya untuk duduk sebagai orang
nombor satu mengepalai syarikat gergasi di AS bukanlah mudah. Tetapi Yahudi boleh
melakukannya kerana kesatuan dan sangat yakin dengan bangsanya.
Maka kita tidak perlulah menjadi panik apabila dikaitkan dengan Yahudi. Ini
kerana jaringan Yahudi berada di sekeliling kita dan kita pula memanfaatkan
mereka, setidak-tidaknya barangan yang ada pertalian dengan Yahudi. Kenapa kita
tidak mencontohi Yahudi sebagai bangsa yang bersatu, berkerja keras dan
sentiasa sanggup mendepani tentangan. Sebabnya itulah kunci mengapa Yahudi
berprestasi tinggi di seluruh dunia.
TUESDAY, JULY 31, 2012
Sumber Utusan Malaysia 30 Julai
2012
BAITULMAQDIS 30 Julai - Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti
Republikan, Mitt Romney semalam mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara
Israel.
Tindakan beliau itu adalah satu sokongan pemilikan ke atas wilayah yang
diduduki oleh rejim Zionis walaupun ia tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat
antarabangsa.
"Ia adalah satu pengalaman bermakna berada di Baitulmaqdis, ibu negara
Israel," ucap Romney ketika berada di sini, sempena lawatannya ke Israel,
semalam, menjelang pilihan raya AS November ini.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berterima kasih kepada beliau dan
menyifatkannya sebagai kenyataan sokongan yang paling lantang dan hubungan
persahabatan dengan Israel.
"Hari ini penduduk di bandar ini memperingati kemusnahan kota suci ini
beribu-ribu tahun lalu. Apa yang anda lihat kini, ia telah dibina semula oleh
orang Yahudi, kemudiannya dibuka kepada ketiga-tiga agama besar dan berubah
menjadi bandar yang bersemangat serta sibuk.
"Seperti yang anda katakan iaitu Baitulmaqdis adalah ibu negara Israel,
bandar ini akan terus menjadi ibu negara penduduk Yahudi," katanya sejurus
selepas tamatnya upacara Tisha B'Av.
Status Baitulmaqdis adalah isu utama dalam konflik Israel-Palestin selepas
rejim Zionis menjajah sebahagian besar bahagian timur Arab ketika perang 1967
dan mendakwa bandar yang terbahagi dua itu sebagai 'ibu negaranya'.
Namun, Palestin mahu Baitulmaqdis menjadi ibu negaranya serta menentang usaha
Israel memperluaskan kedaulatan mereka di bandar itu dan masyarakat antarabangsa
termasuk AS, turut tidak secara rasmi mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu
negara Israel kerana konflik yang masih berterusan.
Semalam, Romney turut mengiktiraf hak Israel untuk mempertahankan diri dan
berjanji akan 'menghormati' tindakan ketenteraan rejim Zionis itu ke atas
kemudahan nuklear Iran.
"Menghalang Iran daripada menjadi negara kuasa nuklear 'perlu menjadi
matlamat utama keselamatan kebangsaan," katanya. - AFP/dpa
Menyedihkan!
TUESDAY, JULY 17, 2012
Oleh Dr. Maszlee Malik
Rencana ini dipetik dari laman web Palestinkini.info dengan judul
"Anti Semitik: Jerat
yang Terbuka Untuk Semua "
PADA bulan Oktober tahun2004), Presiden AS, Goerge W. Bush Jr.
telah menandatangi satu undang-undang untuk mensabitkan kesalahan mana-mana
pihak yang terlibat dengan tindakan "Anti-Semitik" di seluruh dunia.
Di pihak yang lain pula, Setiusaha Agung PBB juga telah menyokong tindakan AS
itu dengan komentarnya: "Setiap individu Yahudi di serata dunia sepatutnya
merasakan PBB sentiasa bersama mereka".
Perkembangan ini merupakan sesuatu yang amat menakutkan dunia. Ianya meletakkan
semua pihak di seluruh dunia di dalam bahaya. Setiap individu di serata dunia
adalah potensi untuk menjadi pesalah jenayah Anti-Semitik yang bukan hanya
dikuat kuasakan oleh AS, malah juga PBB. Undang-undang ini membawa maksud:
Jika anda mengkritik keganasan dan kezaliman rejim Zionis Israel, maka anda
adalah Anti-Semitik, dan anda bersalah!
Jika anda menyokong tindakan para pejuang Palestin menentang tentera Zionis
yang mengganas, anda adalah Anti-Semitik!
Jika anda mengatakan rejim Zionis adalah pengganas dan penjajah bumi
Palestin, anda adalah Anti-Semitik!
Jika anda mengutuk serangan tentera Zionis ke atas orang awam Palestin di Gaza,
Jenin, Rafah, Nablus dan di mana-mana bumi Palestin, anda adalah Anti-Semitik!
Jika anda mengecam tembok pemisah di Tebing Barat, anda juga Anti-Semitik!
Jika anda menulis sesuatu yang mendedahkan kezaliman rejim Zionis, anda
adalah Anti-Semitik!
Jika anda bersimpati terhadap anak-anak, wanita dan juga keseluruhan rakyat
Palestin yang telah kehilangan nyawa, rumah, tanah dan Negara mereka, anda
adalah Anti-Semitik!
Jika anda menolak cadangan pelan damai anjuran Zionis yang lebih merupakan
lakonan mereka untuk melaga-lagakan di antara rakyat Palestin, anda adalah
Anti-Semitik!
Jika anda mendedahkan kepalsuan dakwaan-dakwaan Zionis terhadap sejarah
lampau mereka, anda adalah Anti-Semitik!
Jika anda mengutuk tindakan Zionis satu hari nanti merobohkan Masjid
al-Aqsa, anda adalah Anti-Semitik!
Begitulah bahayanya jerangkap yang terbuka menanti semua orang dari seluruh
dunia untuk dihukum dan dilabelkan sebagai penjenayah setaraf dengan Hitler
semata-mata kerana mempertahankan keganasan dan kejahatan sekumpulan manusia
beraqidah Zionis di dalam millennium yang baru ini.
Peranchis, walau bagaimanapun telah mendahului AS dalam perkara ini semenjak
tahun 1990 lagi. Mereka telah pun mempunyai undang-undang yang dikenali sebagai
"Undang-undang Fabious Jasbou" yang meletakkan sesiapa sahaja yang
menafikan bahawa Kum Yahudi pernah dibakar oleh Hitler.
Antara manusia yang telah menjadi mangsa undang-undang draconian tersebut ialah
pemikir Islam berbangsa Perancis, iatu Dr. Roger Graudy. Beliau telah
dipenjarakan pada tahun 1998 kerana kajiannya yang mendedahkan kepalsuan
dakwaan bahawa 6 juta kaum Yahudi telah dibakar oleh Hitler di dalam bukunya
"Dongeng Institut Politik Israel". Antara kandungan di dalam
bukunya itu ialah pertikaiannya terhadap jumlah enam juta itu dengan
komentarnya: "Bagaimana mungkin enam juta Yahudi telah dibunuh oleh Hitler
sedangkan jumlah keseluruhan orang Yahudi di Eropah tidak pun sampai tiga juta
orang".
Selepas sahaja buku tersebut berada di pasaran, lobi Yahudi di Peranchis telah
mendakwanya di mahkamah yang kemudiannya mendapati beliau bersalah. Oleh kerana
?jenayah?nya itu, beliau dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan, disamping
dikenakan denda yang tinggi dan bukunya diharamkan dari pasaran Peranchis.
Kejayaan lobi Yahudi di Peranchis itu telah menjadi amaran kepada setiap
pemikir, penulis, pengkaji dan juga pakar analisis politik di seluruh Eropah
agar mereka sentiasa berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya menyentuh
apa-apa yang berkaitan dengan pihak Yahudi dan Zionis.
Lobi Yahudi tidak terhenti setakat itu sahaja, hukuman ke atas Garudy itu telah
menyebabkan banyak kajian-kajian dan buku-buku lain digam, diharamkan dan
ditarik dari toko-toko buku dan perpustakaan-perpustakaan di seluruh Eropah.
Semuanya hanya kerana apa yang dinamakan sebagai ?Jenayah Anti-Semitik?. Malah
ruang `Anti Semitik tersebut pun tiada sempadannya. Jika dahulunya ianya
ditafsir sebagai segala tindakan berbau perkauman ke atas bangsa Yahudi yang
pernah menjadi mangsa kekejaman Hitler kerana dasar "Eugenic"nya dan
juga jenayah "Holocaust". Kini ianya menjadi sesuatu yang tidak
bersempadan. Apa sahaja kritikan, kutukan, kenyataan yang tidak selari dengan
politik Zionis adalah Anti-Semitik. Malah apa sahaja usaha untuk menyentuh
walaupun sedikit dari polisi Zionis di Negara haram Israel, walaupun ianya
bertentangan dengan kemanusiaan dan juga undang-undang antarabangsa juga
dikategorikan sebagai Anti-Semitik.
Di Jerman pula, lobi Zionis di bawah bayangan undang-undang Anti-Semitik juga
telah berjaya menyebabkan seorang ahli Parlimennya telah dilucutkan jawatannya
di atas tuduhan Anti-Semitik. Ini menunjukkan lobi Zionis dengan senjata
Anti-Semitiknya bukan hanya menguasai bidang undang-undang, malah turut
mempunyai pengaruh ke atas bidang politik di Eropah.
Mereka jugalah yang telah melakukan kempen besar-besaran di serata dunia
mengutuk kenyataan mantan Perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Muhammad
yang pernah mengatakan bahawa kaum Yahudi menguasai dunia melalui proksi-proksi
mereka. Cuma beliau bernasib baik kerana tidak membuat kenyataan tersebut di
mana-mana Negara yang mempunyai lobi Zionis yang kuat. Jika tidak sudah tentu
tindakan undang-undang akan dikenakan ke atasnya.
Lobi ini juga telah membawa puaka sentiment Anti-Semitik ini ke seluruh dunia
di dalam bidang media. Di Timur Tengah pula, seorang pengarang akhbar terkenal
berbahasa Arab pernah didakwa di mahkamah Peranchis di atas dakwaan
Anti-Semitik semata-mata kerana beliau membenarkan sebuah artikel yang mereka
kategorikan sebagai Anti-Semitik. Di Mesir pula, duta AS dan duta Israel telah
berjaya mengenakan tekanan ke atas pengarang sebuah akhbar tabloid di Kaherah
yang akhirnya menyebabkan beliau dipecat kerana membenarkan sebuah artikel yang
dikategorikan sebagai Anti-Semitik disiarkan di akhbar tersebut. Penulis
artikel itu juga telah diharamkan dari menyumbangkan tulisannya kepada akhbar
tersebut.
Di Peranchis, televisyen satelit al-Manar juga telah diharamkan dari disiarkan
di Peranchis di atas dakwaan yang sama. Di AS pula, al-manar pula telah
dikategorikan sebagai media propaganda pengganas dan dimasukkan ke dalam
senarai pertubuhan pengganas CIA. Begitu hebatnya lobi Zionis di serata dunia,
dan betapa gigihnya mereka melakukan onar secara global.
Hakikatnya kita semua terdedah kepada kebuasan lobi Zionis bersenjatakan
sentimen Anti-Semitik ini. Dengan senjata tersebut, pihak Zionis dan AS
bermaharajalela mencabul segala hak asasi manusia, samada ianya hak bersuara,
hak mengeluarkan pendapat, hak akademik dan juga hak untuk mempertahankan diri.
Segala medium, dari percetakan, media, akademik, undang-undang, politik dan
apa-apa sahaja yang wujud adalah terdedah untuk dimanipulasi oleh golongan ini
menggunakan sentiment Anti-Semitik. Akhirnya mereka menjadi kebal dan bebas
melakukan apa sahaja di serata dunia, terutamanya di Palestin, kerana
undang-undang Anti-Semitik menjadi tangkal kebal mereka.
Tanpa disedari oleh ramai pemonopolian mereka terhadap gelaran Semitik ini
telah berjaya menipu masyarakat dunia bahawa mereka sahajalah yang layak
menjadi keturunan Semitik. Sedangkan pada hakikatnya sejarah, kajian akademik
dan juga ilmu Antropologi telah berijmak bahawa bangsa Arab juga merupakan
bangsa Semit. Sayangnya, jika fakta ini cuba dikemukan, pastinya pembawanya
akan disabitkan kesalah di bawah undang-undang Anti-Semitik kerana menghina
kaum Yahudi dengan meletakkan mereka setaraf dengan bangsa Arab!
Apa yang berlaku ini benar-benar perlu diberikan perhatian kepada setiap
golongan yang mempunyai kesedaran tentang bahayanya projek Zionis kepada
masyarakat dunia dan masyarakat Islam khususnya. Jika mereka bercita-cita untuk
menghentikan kegilaan Zionis, mereka perlu terlebih dahulu melepasi pagar
berduri yang bernama ?Anti-Semitik? yang telah berjaya mencederakan banyak
mangsanya.
FRIDAY, JUNE 29, 2012
OLEH AMRAN ZAKARIA
ABDULLAH bin Salam atau nama sebenarnya Hushain bin Salam bin Harits,
pemimpin Yahudi di Madinah membuat pendedahan kepada Rasulullah SAW siapakah
sebenarnya kaum Yahudi itu. Katanya: “Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak
paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam, mereka akan menuduhku
bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya
pendapat mereka mengenai aku.”
Maka Rasulullah SAW menyembunyikan Abdullah Salam lantas menghantar orang untuk
memanggil golongan Yahudi yang kemudiannya menemui Baginda. Rasulullah bertanya
mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kalian?” Jawab
mereka: “Dia terbaik daripada kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin, anak
pemimpin kami. Ulama, anak ulama kami”.
Rasulullah SAW bertanya mereka lagi: “Jika dia menganut Islam kalian
akan turut menyertainya (menganut Islam)?” Jawab mereka: “Tuhan lindunginya
daripada perkara berkenaan.”
Rasulullah kemudian meminta Abdullah
bin Salam keluar memberitahu kumpulan Yahudi itu. Abdullah keluar dan
menyatakan dengan penuh yakin: “Aku menyaksikan tiada Ilah melainkan Allah dan
Muhammad itu Rasulullah”.
Lantas golongan Yahudi berkata: “Dialah orang paling jahat dalam kalangan kami,
anak orang paling jahat. Orang paling jahil dalam kalangan kami dan anak orang
paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam kepada Rasulullah: “Aku sudah beritahu
wahai Rasulullah, Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta (Riwayat Ahmad dan
Al-Bukhari).
Pendedahan itu memudahkan kita untuk mengenal siapa Yahudi yang begitu
kontroversi kepada sebilangan kita hari ini. Memang tidak dinafikan bangsa
Yahudi asalnya daripada keturunan mulia apabila dikaitkan dengan Nabi dan Rasul
yang dibangkitkan dalam kalangan mereka, namun kemuliaan itu hancur disebabkan
tindakan mereka sendiri.
Allah berfirman bermaksud: “Dan Kami tetapkan terhadap Bani Israel dalam kitab
itu: Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dua kali dan pasti
kamu akan menyombong diri dengan kesombongan yang besar.” (Surah Al- Isra’,
ayat 4)
Bangsa Yahudi ini terkenal dengan keangkuhan dan kebiadapannya. Mereka
menganggap bangsa lain setaraf haiwan, malah ada di kalangan mereka yang
menganggap lebih teruk daripada itu. Bangsa Yahudi sangat menyanjungi kitab
suci mereka, hanya mereka satu-satunya bangsa dipilih untuk menguasai dunia.
Dalam catatan kitabnya menyebut: “Hanya bangsa Yahudi adalah manusia, sedangkan
bangsa lain bukan manusia, melainkan binatang.” (Kerithuth 6b hal.78,
Jebhammoth 61a)
Mereka percaya Tuhan memilih mereka sebagai satu-satunya bangsa yang berhak
memerintah dunia ini. Manifestasi itu membawa mereka kepada kesombongan yang
tinggi sehingga sanggup bersumpah memerangi agama dan bangsa lain. Pegangan
mereka adalah kitab Talmud, manakala kitab lain dianggap pembohong.
Halal bagi mereka membunuh bangsa lain khususnya Muslim. Malah dituntut, tidak
menjadi kesalahan jika pembunuhan itu dilakukan mereka. Lebih jahat daripada
itu mereka sanggup membunuh nabi dan rasul. Nabi Zakaria dan Nabi Yahya dibunuh
kejam.
Hakikat sebenarnya menunjukkan jumlah mereka di atas muka bumi ini tidak ramai,
hanya seorang bagi setiap 100 Muslim. Keseluruhan mereka berjumlah 14 juta
saja, iaitu tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan
100,000 di Afrika. Sebahagian besarnya berada di Asia Barat dan Eropah termasuk
di Israel, Amerika Syarikat, Rusisa (negara Kesatuan Soviet), Poland, Kanada,
Jerman, Perancis, England, Sepanyol, Amerika Latin dan Iraq.
Ethnik mereka terdiri daripada Ashkenaz, Sephard, Mizrah dan orang Samaria.
Bahasa pertuturan mereka ialah Ibrani, Yiddish, Ladino, Dzhidi Judeo-Aram,
Judeo-Arab Juhuri, Krymchak, Karaim, Knaanik, Judeo-Parsi, Yevanik dan
Zarphatik, manakala gerakan politik mereka ialah Zionisme Buruh, Zionisme Am,
Zionisme Keagamaan, Zionisme Revisionis, Bund dan Kibbutzim. Zionisme ialah
ideologi dirumuskan Dr Theodore Hertzl pada akhir abad ke-19. Tujuannya
menghimpun seluruh etnik Yahudi yang berselerak.
Bermula penghijrahan beramai-ramai Yahudi ke Palestin pada 1882 dan sehingga
1903, sekitar 20,000 sudah berada di Palestin. Selepas mencapai kemerdekaan
dari British pada Oktober 1917, Balfour berjanji kepada orang Yahudi pada 2
November 1917 untuk membina negara Yahudi di Palestin.
Ketika peperangan pada 1948, jumlah penduduk Palestin dua juta berbanding
Yahudi 650,000, nisbah 69 peratus penduduk asal dengan 31 peratus pendatang
haram Yahudi. Pertambahan berlaku disebabkan kemasukan tentera keamanan di
bawah kawalan British ketika perang ini.