Sunday, 2 June 2013

kord gitar Tegar - aku yang dulu bukanlah yang sekarang

Dipopulerkan oleh : Tegar
Chord                   : Belajarguitarzone

Chord Diagram:
Am    : x02210      F        : 133211 


Dm    : xx0231      E        : 022100
G       : 320003
C       : x32010

Kunci aslinya naik 1 nada dari Am menjadi Bb
(00:00)
Intro: Am Dm G C F Dm E

(00:17)
*
Am                           Dm
Aku yang dulu bukanLah yang sekarang
G                           C
Dulu ditendang sekaRang ku disayang
F                    Dm
Dulu dulu dulu Ku menderita
       E                    Am
sekaRang aku bahaGia

(00:35)
Am                       Dm
Cita - citaku menjaDi orang kaya
G                                  C
Dulu ku susah sekarang Alhamdullilah
F                                       Dm
Bersyukurlah pada yang maHa kuasa
           E                            Am
membeRi jalan untukmu seMua

(00:51)
Chorus:
        Am                  Dm
hidupKu dulunya seoRang pengamen
               G                          C
pulang maLam selalu bawa uAng recehan
           F                     Dm
mengeJar cita - cita paLing mulia
            E                        Am
membanTu keluarga di ruMah

       Am                       Dm
sekoLah dulu ku tak puNya biaya
          G                         C
terpakSa ku harus mencaRi nafkah
      F                      Dm
tetaPi aku tak berpuTus asa
         E                                    Am
pasti Yang kuasa memberi jalanNya

(01:28)
Solo Gitar: Am Dm G C F Dm E

(01:44)
Chorus:

(02:37)
Back to *

Cina tidak dijadikan bangsa penipu - oleh Subky Latif

SEORANG Melayu yang berfikiran kritikal mendakwa dia ditipu seorang Cina dan mungkin ada beberapa kehttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiKChwuZHNcFhDPIG-G4Zqsn9Qwu-UEJRdj6_ehYRc2N7DYk4XcPye8LQzv4ragz7qhlsPNf9xG1U_PfPC6A2PwowlOpRpx4Qza_E7k2gcc-LtvYPDl3kHUXcDJr8scgLXfLL6WVVVICKw/s1600/CINA+SOKONG+PAS.jpgjadian lagi ditipu oleh Cina.
Dengan pengalaman itu dia tidak percayakan Cina dan mengira Cina bangsa yang penipu. Lalu dia menempelak PAS percaya kepada DAP yang penuh Cina dan berkawan dengan KeADILan yang ramai Cina?



Lama sebelum saya menyertai PAS dalam satu forum di Universiti Malaya yang disertai sama oleh Dato’ Senu Abdul Rahman dan Lim Kit Siang, saya menyuruh PAS mencari sekutu Cina dan menyuruh DAP mencari sekutu Melayu.
Lebih 30 tahun kemudian, PAS membuka keahlian kepada Cina dan India, dan ia ada ‘partner’ Cina dari DAP dan KeADILan. Ertinya apa yang saya saran itu diterima PAS. Maka saya mesti berfikiran terbuka dan mesti berjiwa besar untuk hidup bersama orang Cina di sebuah negara yang kira-kira 30 peratus rakyat dan penduduknya terdiri daripada orang Cina.
Sudah tentu sikap saya itu didorong oleh kepentingan dan pemikiran politik yang saya anuti. Agama saya Islam jelas mengingatkan saya supaya berhati-hati dan bahaya mempercayai Yahudi, tetapi agama saya mengajar saya jangan asabiyah iaitu menyokong kezaliman oleh kaum saya dan dari kaum saya terhadap kaum lain.
Dan saya kata kepada kawan Melayu tadi, bukan individu Cina saja yang menipu tetapi ramai juga orang Melayu yang menipu. Sesetengah orang Melayu itu bukan saja dia tipu orang lain, sesama orang Melayu pun dia tipu, malah bangsa Melayu pun dia tipu dan jual.
Jawabnya, kalau orang Melayu tipu orang Melayu, orang Melayu masih boleh sembahyang. Dia cuba mengingatkan saya, nanti orang Melayu tidak boleh sembahyang.
Sikap dan fikiran seperti ini dipercayai berlegar dalam otak setengah orang Melayu khususnya yang terpe ngaruh benih perkauman dalam Umno. Umno sudah berkawan dengan Cina sejak sebelum merdeka. Tetapi benih perkauman yang tidak dibanterasnya, ditambah sikap liberal dengan cara hidup menipu, maka perkauman tidak terbendung dan budaya menipu tidak tersekat.
Menipu sudah jadi budaya dalam masyarakat Malaysia. Semua bangsa tidak dilahirkan sebagai bangsa yang menipu. Cuma yang dirakam dalam Islam kaum yang tidak boleh dipercayai ialah Yahudi dan Nasrani. Yang memulakan Nasrani itu pun asalnya Yahudi juga.
Agamanya sendiri mereka tipu. Mereka mendakwa menganut agama Nabi Musa a.s. Tetapi kitab suci Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa mereka pinda. Mereka tipu penganut agamanya dengan ajaran yang diselewengkan. Kalau agama mereka sanggup ditipu, maka mereka boleh tipu siapa saja.
Adapun orang-orang yang menipu daripada kalangan lain-lain bangsa adalah berpunca daripada didikan ibu bapa masing-masing tidak memberi didikan yang betul kepada anak-anak dan cucu-cucu.
Islam adalah agama yang melarang penipuan. Tetapi ajaran Islam yang syumul tidak dapat dilaksanakan di Malaysia kerana Islam yang terpakai di bawah pemerintahan Umno dan Barisan Nasional bukan Islam sebagai ad-din.
Sistem politik dan sistem pemerintahannya tidak mengikut apa yang dikehendaki oleh Islam. Umno ada alasan sendiri dan mereka sejak awal akui mengapa Islam seperti yang diperjuangkan oleh PAS itu tidak boleh dipakai. Kerana Malaysia bermasyarakat majmuk.
Dengan demikian semua orang boleh menipu. Cina tipu Melayu dan Cina sendiri pun mereka tipu. Melayu ramai yang tipu Cina di samping Melayu dan kerajaan juga mereka tipu. Umno berkawan dengan MCA yang penuh Cina dan MIC yang penuh India tetapi tidak dapat sekat penipuan disebabkan ajaran Islam tidak dipakai.
Oleh kerana ajaran Islam tidak berkuat kuasa, orang Islam pun orang bukan Islam di samping orang Islam juga tipu orang Islam.
PAS mahu laksanakan Islam yang syumul melalui kuasa politik dan pemerintahan. Pemerintahan itu hanya boleh diperolehi melalui ajaran demokrasi yang mengadakan pilihan raya yang ditentukan oleh undi setiap rakyat.
Maka rakyat Malaysia itu bukan Melayu saja. Ada Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain. Semuanya ikut menentukan siapa yang berkuasa. Untuk memungkinkan PAS dapat bersama membentuk kerajaan bagi melaksanakan cita-cita perjuangannya, ia mesti beregu dengan semua kaum itu.
Justeru itu kena percaya kepada orang lain supaya orang lain juga boleh percaya kepada kita. Sikap PAS kepada orang lain adalah berpandu kepada sikap Rasulullah s.a.w. kepada Hudaibiyah antaranya dengan musyrikin Quraisy.
Baginda tidak yakin dengan kesetiaan Quraisy. Tetapi baginda mesti buat perjanjian dengan mereka. Baginda bersetuju memeterai perjanjian Hudaibiyah. Baginda tidak tipu Quraisy dan tidak khianati perjanjian itu walaupun kandungi perjanjian itu dikira berat sebelah. Baginda tunaikan segala yang disetujui. Hanya Quriasy yang mengkhiananti perjanjian.
Moral tidak tipu Quraisy itu menyebabkan Islam dan baginda dihormati oleh semua hingga pemimpin utama Quraisy Abu Sufian memeluk Islam.
PAS mesti bersikap terbuka dan berjiwa besar bermuafakat dengan semua kaum – DAP dan KeADILan – bagi menunjuk akhlak dan moral Islam kepada sekutu bukan Islam. Dengan sokongan mereka kita boleh bentuk kerajaan bersama.
Kerajaan bersama itu belum memberi hak kepada PAS untuk melaksanakan semua yang dikehendaki nya. Daripada tidak boleh buat semua, tidak pula semua tidak dapat dibuat.
Melalui muafakat inilah kita salurkan budaya larangan menipu kepada semua. Cina yang tidak menipu sudah tentu tidak akan menipu. Tetapi yang menipu berkat dengan ajaran tidak menipu, moga-moga berhenti menipu secara beransur-ansur. Kalau diberi peluang 50 tahun kepada Pakatan berkuasa, maka perangai penipu itu tidak lagi jadi penyakit sosial yang kronik. Tipu tidak boleh dihapuskan tetapi boleh diminima atau jadi kes yang terpinggir.
Oleh kerana orang Melayu beragama Islam maka memerangi perangai menipu di kalangan orang Islam tentu lebih mudah. Apabila Islam sebagai ad-din dapat dilaksanakan sepenuhnya dengan sendiri penipuan dapat diminimakan daripada kalangan orang Islam.
Tetapi orang Islam hendak lebih ke depan menunjukkan sikap tidak menipu sesiapa. Pemimpin-pemimpin Islam khususnya para ulama jangan sekali-kali menipu orang bukan Islam dan orang Islam. Misalnya jangan gunakan duit zakat untuk kepentingan diri.
Mana yang haram katakan haram. Jangan yang haram dikatakan halal disebabkan mahu menjaga kepentingan pangkat dan sebagainya.
Jangan ada lagi orang Melayu beranggapan menipu orang Melayu saja yang berdosa. Orang Islam konon tidak berdosa menipu orang bukan Islam. Asal dinamakan menipu tidak kira tipu orang Islam atau tipu orang bukan Islam, sama saja dosanya.
Apabila orang Islam tidak tipu orang bukan Islam, maka mudah nilai ajaran tidak tipu itu menjadi pegangan kepada semua.
Tipu menipu berlaku bukan disebabkan oleh keturunan dan bangsa seseorang tetapi adalah disebabkan oleh sistem yang dipakai. Setiap bayi yang dilahirkan adalah bersih dan suci. Yang menjadi ia Yahudi, Nasrani dan Majusi ialah ibu bapanya.
Dengan ini kita jangan mudah kata, Cina itu bangsa penipu atau Melayu saja bangsa yang baik. Semua bangsa adalah sama. Ada yang baik dan ada yang jahat. Budaya yang diterapkan yang menyebabkan ramai yang baik atau ramai yang tidak baik.

Pengertian Negara Islam

S: Apakah erti perkataan Negara Islam dengan Negara orang-2 Islam ?

J: Negara Islam ialah negara yg mnggunakan al-Quran dan sunnah sbg landasan perlembagaan negara , sementara negara org-2 Islam itu dikendalikan oleh orang islam tetapi cara pentadbirannya tidak mengikut al-Quran , yg dituruti dan diamalkan ialah warisan penjajah turun-temurun .


Petikan daripada : 600 jawapan kemusykilan Agama jilid 1
                           

mulailah dari dirimu sendiri



wahai para guru , ubahlah! 
mengapa tidak engkau ajarkan dirimu sendiri  
mulailah dari dirimu sendiri  dan laranglah segala kesalahanya
jika engkau telah lakukan, maka barulah engkau menjadi seorang yang bijak

Beberapa bnyk org-2 yg mngkritik pedas jika kesalahan itu dlakukan oleh org lain . tdpt bnyk  contoh-2 dlm kehidupan manusia ,di antaranya ;

Seseorang berkata kpda sahabatnya , " sngguh bnyk org-2 yg tdak memerhatikan larangan lampu merah lalu lintas , dan sesungguhnya merekalah sebagai penyebab banyak terjadinya kecelakaan . " sahabatnya berkata ," engkau benar , akan tetapi aku sering melihatmu melanggar lampu merah . '' sambil tersenyum dia berkata , " tidak , kerana aku lakukan itu kalau diriku yakin tidak ada kenderaan lain dari arah lain . "

Sahabatnya berkata , '' semua yang melanggar lampu merah itu akan mengatakan hal yang sam , da mereka yakin benar dengan apa yang mereka ungkapkan alasanya. " .

"mulailah dari dirimu sendiri " , itu sebuah syair yang penting yang dapat menjadikan manusia berperilaku baik sesuai dengan kenyataan hidup , "




Petikan dari buku La Tahzan Cerialah Selalu Karya Abdurrahman bin Soleh Al -Asymayiy

Declaration of hukum Haram : Beza antara couple dan bercinta

Aku dah pernah tulis pasal hukum bercouple ni dulu-dulu. Korang boleh rujuk kat Entri PertamaEntri Ke-2 dan Entri Ending. Dan macam biasalah, kalau korang nak komen, sila baca dulu apa yang aku nak tulis. Kalau tak, awal-awal aku dah cantas.

Dan kalau korang perasan, aku ada banyak kali larang perempuan fall untuk lelaki sampai kan ramai pelik sambil bertanya:

"Mr. K, kau banyak tak setuju kalau perempuan bercouple dengan lelaki sebab lelaki tak boleh dipercayai. Dan kau banyak menentang couple dalam entry Islamik kau. Tapi kenapa entry-entry lain kau banyak pasal love-love? Bukan ke bercouple tu haram?"

Kalau korang tengok entry di blog aku ni, memang obvious sangat lah yang aku banyak bercakap pasal love. Banyak bercakap pasal relationship. Dan bila masuk bab relationship, mesti ada orang yang komen pasal:

"Tak payah buat semua tu. Baik bercinta selepas kahwin je. Baru lah halal. Benda haram macam ni tak lama."

Komen macam komen kat atas kadang-kadang buat aku geram. So, sebab itu lah aku keluarkan entry ni.
Actuallya, aku dah banyak kali bertukar-tukar pendapat dan berdebat dengan orang-orang di Facebook tentang hukum sebenar bercouple. For the time being, couple dan cinta adalah sama bagi aku. Dan entah kenapa, di satu malam yang hening, aku terfikir. Apa sebenarnya couple tu? 

And then, somehow itu membuatkan aku perasan yang "Ada beza ke antara couple dan cinta?"

The real thing about couple.
Sebenarnya, couple ni bukan perkataan dah. Kalau dari segi English, "Couple" bermaksud "A pair" or "Satu pasangan" yang merujuk kepada "Dua". "Satu pasangan" dan "Dua" dalam kes ini adalah berdua-duaan. And sekarang, Couple adalah istilah. Istilah yang bermaksud seseorang yang berdua-duaan dan melakukan benda haram. Itu lah couple dan ianya adalah haram of course.

But, not as bercinta.


Bercinta is berbeza. Cuba korang bayangkan. Kau suka kat someone. Dia pun suka dekat kau. Dia tak confess dan kau pun tak confess. Tapi setiap hari kau BBM dengan dia. Yes, korang bercinta dah tu. So adakah ianya haram? If yes, why?

Ramai juga yang bertanya:

"Alaaaaah. Kalau bercinta. Mustahil lah tak pernah keluar berdua. Mustahil la tak pegang-pegang. Mustahil lah tak pernah duduk rapat-rapat dan hug-hug. Then mesti mintak gambar freehair kat awek kan?" 

For me, no. Not mustahil. Aku tak pernah keluar berdua dengan perempuan. Aku tak pernah sentuh kulit perempuan dengan sengaja dan bab duduk sambil hug-hugh tu lagi lah. Dan aku kalau boleh, aku tak nak pun girl yang aku sayang tunjukkan aurat dia kat lelaki lain. So yes, aku tak pernah pun mintak gambar-gambar perempuan lebih-lebih lagi gambar freehair. Everything is posible. Tak semua lelaki perangai dia buruk dan gila seks seperti ex korang.

How about this question? 


"Dalam Islam kan ada kata jangan mendekati zina. Bercinta ni mendekatkan diri kau dengan zina"

Dalam banyak-banyak kawan lelaki aku, hanya dua orang yang dah pernah main perempuan. The rest of it, tak pernah. And yang dua orang tu bukan berzina dengan awek. Dia berzina dengan orang yang dia jumpa di kelab malam dan dengan kawan dia. Ya, dia berzina dengan kawan dia.

So, adakah kita nak letakkan sebagai berkawan itu juga haram just kerana boleh mendekati zina?

Antara soalan yang famous lagi. 

"Kita cuba la tengok balik. Nasi tu halal atau haram? Halal kan? Tapi kalau ada secubit daging babi, mesti akan haram kan? Bergitu juga dengan bercinta. Kalau kau tak buat benda haram, orang lain akan buat kan? So better kita haramkan supaya tak ada orang pun yang akan buat."

Point untuk soalan di atas adalah betul. Tapi tak semuanya. Aku kasi contoh. Penggunaan Facebook dan Blog ni haram tak? Tak kan? Tapi ada je orang yang buat blog lucah serta Facebook lucah. Adakah itu menjadikannya haram secara keseluruhan? Look at Ulama Indonesia. Dieorang kumpulkan para ulama sebab nak bincangkan pasal keharaman Facebook. Katanya, di Facebook, ramai perempuan tertipu dengan lelaki dan ramai yang di culik serta di rogol berpunca dengan penggunaan Facebook. So, sebab itu lah diaorang nak keluarkan fatwa haramkan Facebook.

Konsep ni sama je dengan benda-benda lain. Dan fatwa itu kalau tak silap aku tak berjaya di keluarkan sebab katanya ianya adalah bergantung kepada individu masing-masing. Kalau dah guna Facebook untuk cari awek untuk diculik, confirm-comfirm lah haram. Tapi kalau guna Facebook untuk berdakwah, maka pahala lah untuk anda.

Begitu juga dengan cinta. Cinta tak haram. Yang haramnya adalah bila kita buat benda-benda yang tak senonoh ketika bercinta. Pegang sana, pegang sini. Maka, haram lah. Tapi kalau kita gunakan cinta tu sebagai medium mencari bakal ibu kepada anak kita, then apa masalahnya?

Well, korang mungkin akan berkata:

"Bercinta sebelum kahwin bukan sunnah Nabi."

Sunnah nabi kalau dibuat adalah sunat. Maksudnya kalau kau buat, kau dapat pahala. Kalau tak buat tak apa. Contohnya pakai celak dan pakai serban. Kalau kita tak pakai celak or pakai serban, adakah ianya berdosa?  

"Bercinta sebelum kahwin adalah style orang barat dan kafir."

Style orang barat tak menjadikannya haram. Banyak style orang barat dan kafir kita tiru. Pakai seluar dalam berbentuk segi tiga, makan guna garfu, berak secara duduk, membaca dari kiri ke kanan, menulis rumi dan sebagainya. Itu adalah style dan cara barat serta orang kafir. Adakah ianya berdosa? As long tidak bertentangan dengan Islam, then ianya tidak berdosa.

Dan masihkah korang ingat tentang entry aku yang ni? Ya, ini adalah budaya serta amalan Melayu ketika berkahwin. Dan ianya adalah berdosa. Kita asyik bercakap pasal budaya kafir dan barat serta dosa dieorang. Tapi look at us. Ramai dah tahu yang bersanding tu adalah dilarang dalam Islam tetapi kenapa kita still nak ikut budaya bersanding ni? Sebab ianya budaya tempatan dan bukannya budaya luar?


Korang mungkin akan kata lagi

"Alaaaa, walau kau jaga batas sekali pun, kau tetap akan rindu kat si dia kan? Kalau rindu kat someone tu, mesti terfikir nak buat seks kan? Tu dah jadi Zina hati sebab kau teringin nak buat seks." 

Cuba korang fikir balik. Ya, bayang kan. Kau rindu kat some seperti. "Alaaaa rindunya kat diaaaaa" And then what? Korang terus terbayang pasal seks? What the hell is that? Come on. You all gila sex or something? Seriously come on. Ada kena mengena ke rindu dengan seks? Rindu adalah perasaan yang tak boleh diungkai dan tak boleh dibuang macam tu je. Apa korang ingat nak hilangkan rindu kena buat seks?
Andaikata satu pasangan tu dah bertunang, then dia rindukan tunang dia. Adakah dia akan terus fikir pasal seks? So, dia kena buat seks dengan tunnag baru rindu tu hilang? See. Korang nampak tak betapa tak berkaitnya rindu dengan seks di sini?

Question tentang zina hati. 


"Zina ada banyak jenis. Walaupun kau tak fikir pasal seks dan ianya tak berkaitan dengan seks, rindu tetap ada kan? Rindu tu haram sebab ianya Zina hati"


Aku rasa, aku dah banyak dah tulis pasal Zina Hati ni. Banyak-banyak sangat dah aku cakap pasal ni. Tapi masih ramai yang dok unkit pasal zina hati kat entri-entri aku. Dan dari dulu sampai sekarang gak aku tanya, mana korang dapat sumber yang kata rindu tu zina hati? Dari kitab bla-bla bla? Korang pernah tak check kitab tu wujud or tak? Kalau wujud, korang check tak hukum yang dinyatakan tu ada tak dalam kitab tu?

Well, kalau korang malas sangat nak pergi ke perpustakaan or mana-mana kedai untuk baca buku agama, korang bukak Google Book untuk baca buku-buku agama kat situ. Free je. Or, kalau korang malas teramat sangat, at least google lah sikit. 

Website dan forum yang ada bercakap pasal beza Cinta dan Couple
Memahami Erti Couple dan Bercinta (Halaqah.net)
Cinta dan Couple Tak Sama
Beza Bercouple dan Bercinta (Ukhwah.com)
Hukum Bercinta (JAKIM
Dan banyak lagi.

Untuk persoalan zina hati, aku kasi links di bawah:
Cinta dan Rindu dalam Islam
Jenis Zina Hati Mulut, Mata, Tangan (Saiful Islam + LeoKid)
Memahami Erti Sebenar Zina
Yes, zina ada hanya bila ianya datang nafsu. 


So, which one of them adalah haram? These. Any of this akan menyebabkan haram
  • Berdua-duaan (Bercouple).
  • Duduk ramai-ramai tapi pegang-pegang lelaki perempuan.
  • Hari-hari buat SMS dan berbual lucah dengan pasangan sampaikan si lelaki terbayangkan yang bukan-bukan.
  • Si perempuan pakai baju kurung tapi ketat sampaikan si lelaki ternaik nafsu.
  • Kiss, ringan-ringan dan sebagainya.  
  • Mendengar perempuan menyanyi sampai menaikan nafsu lelaki. 
  • Macam-macam lagi.

Tak kisah la kalau korang dah bertunang ke, esok korang dah nak nikah ke, tapi as long kalau korang buat benda di atas, ianya adalah haram selagi tak kahwin. Ianya haram bukan untuk pasangan yang belum bertunang je malah yang dah bertunang sekali pun. Ianya haram untuk all, termasuk hubungan bersahabatan. But why only yang bercinta adalah to be blamed?

Korang mungkin akan berkata lagi. 

"Jodoh tu kan semua takdir. Kita buat apa sekali pun, kalau tak ada jodoh, tak guna juga."

Yup, apa yang korang cakap tu betul. But then, korang patut baca sini tentang Jodoh dan Takdir yang boleh diubah. Jangan semudah itu duduk depan laptop setiap hari main Angry Birds dan berharap akan ada orang masuk meminang. 

Dan, andai kata kalau korang nak kata:

"Khairul, aku rasa penjelasan kau ni ada betul nya. Ada la sikit kot betulnya. Tapi kau perasan tak yang kau ni bercakap banyak guna logik akal?"

Sekarang ni, kita bukan bercakap pasal zat Allah dan perkara ghaib. So, kalau anda fikir yang Islam adalah agama yang tak logik langsung, korang boleh pergi ke SINI. Islam bukan agama logik akal semata-mata. Tapi hampir semua benda yang tertulis dalam syarak dan peraturan Islam ada logiknya. Kenapa ada malam seribu bulan, kenapa kita kena berpuasa, kenapa kita kena solat. Kenapa lelaki dapat harta peninggalan lebih, kenapa lelaki yang jadi Imam, kenapa kita tak boleh buat begitu dan kenapa kita tak boleh buat begini. Ada sebab kenapa Islam melarang. Islam bukan melarang dengan sesuka hati.
Aku tak galakkan korang bercinta. Aku memang tak galakkan langsung korang untuk bercinta sebab korang yang baca entri aku sekarang kebanyakanya adalah perempuan. And sorry to say, perempuan biasanya IQ rendah bila bercinta. Nak bercinta, tapi terpikat kat lelaki yang bad boy. Lelaki yang jahat. Lelaki tu pulak mintak bukan-bukan. Korang pulak, atas demi sayang, main kasi je. Gambar tak pakai baju lah. Video selepas mandi lah. Dan benda-benda macam ni lah yang contribute kepada punca kenapa orang kata bercinta tu haram.

If you girls tak berkahwin lagi tapi dah pernah tunjukkan body korang kat lelaki, then you are plain stupid. Well, aku bet yang lelaki tu dah lari dengan perempuan lain kan? See, told you. You are just plain stupid.

Kalau kau pergi ke Ustaz A, dia mungkin akan kata bercinta itu haram. Kalau kau pergi ke Ustaz B. Dia mungkin akan kata bercinta tu tak haram. Sebab itu lah korang jangan stick dengan satu pihak je. Kaji sendiri. Kalau ada 10 ustaz, rujuk 10 ustaz tu. Kalau 1 ustaz kata haram tapi 9 lagi kata tak haram, then, kenapa nak lean on that one?

Bercinta lepas kahwin is good. Very good. Tapi make it as bercinta sebelum kahwin adalah haram adalah not a really good idea. 

Apa itu Couple?

E-mailCetakPDF
Berapa Kali Nak Cakap Couple itu HARAM!!!!!
Pada zaman sekarang umat Islam terutamanya golongan remaja telah diserangi dengan satu gejala yang kurang sihat malah merupakan perkara yang di larang oleh Allah s.w.t. Serangan ini adalah merupakan agenda barat yang meinginkan kejatuhan generasi Islam yang akan datang.Gejala yang dimaksudkan ini adalah "COUPLE" atau pergaulan bebas. Di sini, penulis ingin membawa satu cerita yang di petik dari laman web iLoveIslam. Marilah sama-sama kita menghayatinya:


Firman Allah s.w.t:

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."                                                                                                                                                                                      (Surah al-Isra': ayat 32)

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..
Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..
Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..


Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..


Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?
" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".
Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..
"COUPLE HARAM"
Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...


Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~


Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)
?
Maka tidakkah kamu berfikir?

(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil 
dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.

(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."



******



Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.

(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.



*******



Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..
Takkan..buat selama-lamanya. .

Saturday, 1 June 2013

Soal Jawab : Ibu Tiri Mendera Mental

salam..
ustaz, dah cuba utk syg ibu tiri sndri, tp syg sya dan rasa hormat sya dbalas dgn cacian dan hinaan. siap guna lama sosial lg nak kutuk kami 4 bradik, abg saya sampai berkecil hati dan keluar dr rumah. fkir juga mahu begitu, tp kerana ayah yg terlalu saya sayang, saya x mahu kecewakan dia jd trus bersabar hgga kini.. macam mana? dia semakin galak membuka mulut dan sgala bahagian kami beradik menjadi milik dia dan anaknya ‘(dr suami dahulu).. demi Allah saya dah cuba untuk menyayanginya tp kerana sifatnya yg sombong dan bongkak. saya dah tawar hati dan sehingga ke mati x akan sya anggap dia isteri ayah saya lg.. pernah juga dia meminta maaf, tp setelah sya memaafkan.,, dia ulang semula sikapnya itu..
~ika.
Udang sama udang, takkan sama anak sendiri.. orang sama orang, takkan sama anak sendiri… cewahh..
Begitulah hakikat kehidupan kita ini. Orang punya, walau macam mana kita sayang sekalipun, takkan sama macam kita sayang barang kita sendiri. Kita cuma mampu membuat memek muka sedih bila kawan kita memberitahu akan kehilangan kucing yang disayangi, namun kita akan mengalirkan air mata tanpa henti bila kita sendiri kehilangan kucing yang kita sayangi. Hakikat itu tak mampu kita nak ubah walaupun sebanyak mana mulut kita menafikannya.
Kasih sayang seorang ibu kandung, takkan dapat diganti dengan kasih sayang ibu tiri atau ibu angkat mahupun ibu tumpang apatah lagi ibu susuan. Walaupun sejauh mana seorang ibu tiri itu mencuba untuk menyayangi anak tirinya, ia takkan menyamai kasih sayang seorang ibu kandung.
Namun, kita bukanlah nak membandingkan tentang kasih sayang mereka, siapa yang lebih atau siapa yang kurang. Sebaliknya kita mahu mereka menerima diri kita sebagai sebahagian daripada keluarga, sekalipun kita bukanlah dilahirkan melalui rahim mereka. Penerimaan itu sendiri merupakan suatu rahmat bagi diri kita. Bukan senang orang nak menerima diri kita dalam keadaan sedia ada, berbanding darah daging mereka yang dididik dan dijaga semasa masih merah lagi.
Kadang2 kita terlalu fokus pada kesilapan orang lain, sebab kita malas nak muhasabah diri sendiri. Memang mudah menyalahkan berbanding disalahkan. Bila menyalahkan orang, kita rasa puas hati. Bila kita disalahkan, kita rasa sakit hati.
Jika kita tengok dalam drama2 di tv, memang banyak kisah2 sebegini. Kita perasan atau tak, banyak2 orang baik dalam drama tu, ada sorang dua je watak penjahat (antagonis)? Cukup sorang dua penjahat ni, mengkucar-kacirkan perhubungan ramai watak2 yang baik. Rasanya kenapa boleh jadi macam tu ye?
Pernah dengar tak kenyataan, “Suatu kejahatan / kebatilan yang teratur akan dapat mengalahkan kebaikan / kebenaran yang tidak teratur”? Itulah antara masalah terbesar umat ini. Para penjahat dan penzalim melakukan perancangan yang teliti dan bersatu padu demi mengalahkan sebuah kebenaran, sedangkan mereka yang baik2 ini berpecah-belah dan tak merancang dengan teliti dalam menyebarkan kebenaran dan mengalahkan kebatilan.
Tidaklah musuh itu sebenarnya lebih kuat daripada kita, melainkan kita sendiri yang terlalu lemah untuk menentang mereka. Bayangkan saudari ada 4 orang adik beradik, tapi terpaksa mengalah dengan kelicikan ibu tiri dengan anaknya. Adakah ini memberi maksud Ustaz Love nak ajarkan strategi peperangan? Bukan.. bukan.. Ustaz Love tak suruh berperang dengan keluarga sendiri. Apa yang Ustaz Love maksudkan adalah, bagaimana nak fikirkan cara agar saudari 4 beradik itu boleh menjadi kuat dan tidak berasa lemah apabila berhadapan dengan permainan ibu tiri tersebut.
Perbuatan ibu tiri terhadap saudari adik beradik itu bolehlah diumpamakan seperti seorang senior yang membuli beberapa orang junior di asrama. Perbuatan buli biasanya berlaku disebabkan sang pembuli menganggap mangsa yang dibulinya itu sebagai orang yang lemah dan tak mampu melawan. Jarang seorang pembuli akan cuba membuli mangsa yang dirasakan sama kuat atau lebih kuat daripadanya. Biasanya yang sama2 kuat / lebih kuat ni akan menjadi kawan supaya kelemahannya tak diambil kesempatan orang pihak yang lebih kuat.
Bila abang saudari membuat keputusan untuk keluar daripada rumah, maka yang tinggal hanyalah saudari yang agak lemah untuk melawan konspirasi ciptaan ibu tiri tersebut. Ia merupakan satu titik permulaan kemenangan pihak ibu tiri, bila dapat menyingkirkan saingan yang lebih kuat (abang saudari). Jika perkara ini berterusan, tidak mustahil saudari adik beradik akan merempat di rumah sendiri, atau mungkin terpaksa meninggalkan rumah disebabkan tidak mahu mengeruhkan keadaan.
Dalam Islam, mempertahankan hak itu hukumnya wajib. Jika mati dalam mempertahankan hak, maka dikira mati syahid. Jika seseorang datang nak merampas harta, dan kita pertahankan lalu terbunuh, maka kita dikira mati syahid. Jika begitu penting sekali mempertahankan harta benda, maka mempertahankan maruah itu sudah tentu lebih2 lagi dituntut. Cuma, kita kena pastikan cara yang kita gunakan itu tidak menyalahi batasan yang telah ditetapkan syarak.
Apa yang boleh saudari lakukan, saudari berbincanglah dengan keluarga tentang perkara ini. Jangan sesekali berasa takut untuk berdepan dengan masalah, kerana dengan melarikan diri daripada masalah, tidak akan menyelesaikan apa2 masalah. Sebaliknya bakal mewujudkan rantaian masalah yang baru yang akan terus membelenggu kehidupan saudari sampai bila2.
Saudari kena kuatkan hati dan semangat. Pertahankan apa yang saudari rasa benar dan jangan takut dengan kejian dan hinaan. Bila saudari kuat semangat, orang lain akan fikir 2 3 kali sebelum meneruskan hasrat nak berbuat onar terhadap saudari. Bukanlah mereka takut disebabkan saudari jenis suka menjerit2 kemarahan, atau bergaduh bertarik2 rambut dengan mereka, sebaliknya mereka akan gentar dengan ketegasan dan kebijaksanaan saudari.
Kebanyakan masalah jadi tak selesai bila kita tak tahu cara nak selesaikan, atau tidak kembali kepada punca masalah itu. Kita juga biasanya takut untuk mengambil langkah pertama bagi melakukan sesuatu tindakan, disebabkan takut memikirkan tentang hasilnya. Akibatnya, kita kerap menuju ke tempat yang salah untuk menyelesaikan masalah. Kita ceritakan masalah kepada kawan2 yang hanya mampu mendengar dan menyuruh kita bersabar.. atau kita ceritakan masalah kepada kucing yang tak mampu nak berkata apa2.. Sedangkan yang sepatutnya kita buat adalah berbincang dengan orang yang boleh menyelesaikan masalah tersebut.
Untuk itu, saudari memerlukan strategi dan perancangan yang teliti. Saudari kena mula mengumpulkan segala bukti tentang kejahatan yang dilakukan oleh ibu tiri. Bila tiba masanya, saudari kena berterus-terang dengan ayah saudari. Jika tiada bukti, mungkin saudari akan dituduh mereka2 cerita. Bila ada bukti, insyaAllah, ayah saudari akan bertindak dan melakukan apa yang sepatutnya.
Saudari kena tunaikan hak saudari. Pertahankan hak saudari. Jangan biar sesiapa pun merampasnya. Hak ayah, biar beliau sendiri yang fikirkan dan pertahankan. Jika saudari betul2 menyayangi ayah, saudari perlu mencari jalan menyelesaikan perkara ini. Jika tidak, saudari akan menyiksa sang ayah dalam diam. Ayah tidak tahu apa punca anak2 menjauhi diri daripadanya, sedangkan anak2nya fikirkan pasal kebahagiaannya. Seorang ayah yang bertanggungjawab, tidak akan sanggup membiarkan anaknya diperlakukan sebegitu rupa, apatah lagi oleh isteri baru yang bukan ibu kandung kepada anaknya. Hubungan suami isteri ni walau sekuat mana sekalipun, takkan dapat mengatasi kekuatan hubungan ibu bapa dan anak. Satu lafaz talak saja akan memutuskan perhubungan suami isteri yang mungkin dah berpuluh tahun dipertahankan, sedangkan hubungan ibu bapa dan anak takkan putus sampai bila2.
Carilah jalan agar abang saudari dapat kembali ke rumah. Itu sebenarnya sudah cukup untuk menggentarkan hati ibu tiri tersebut.  Mengalah itu bukanlah bererti kalah, sebaliknya satu strategi untuk mengumpulkan kembali kekuatan sebelum mencapai kemenangan. Jangan berundur walau selangkah. Tetapkan tapak dengan penuh gagah. Asalkan saudari tidak menganiaya ibu tiri (dgn menyebarkan fitnah dsb), maka teruskanlah usah memperbaiki hubungan keluarga, walaupun terpaksa membongkarkan kejahatan ibu tiri tersebut.
Apa pun, itu cuma usaha fizikal.. takkan berjaya jika tidak diizinkan oleh Allah. Walaupun selicik mana pun sesuatu perancangan manusia, takkan dapat mengatasi perancangan Allah s.w.t.. Jadi, saudari kena kuatkan juga usaha rohani. Buat solat hajat dan solat tahajjud setiap hari.. banyakkan bersedekah.. banyakkan membaca al-Quran.. dan yang paling penting, banyakkan berdoa pada setiap masa dan keadaan.. minta pada Allah agar masalah saudari ini dapat diselesaikan dengan cara yang paling baik, ibu tiri diberikan petunjuk dan hidayah untuk berubah, adik beradik yang bersatu hati, bapa yang bertanggungjawab dengan sebaiknya dsb. InsyaAllah, doa saudari akan diperkenankan oleh Allah.
Semoga Allah memberikan jalan terbaik buat saudari untuk menyelesaikan masalah ini.
WA