Solat merupakan antara kewajipan paling penting dalam kehidupan umat
Islam. Nabi SAW diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat. Solatlah
amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Oleh yang demikian, marilah
kita sama-sama baiki mutu solat kita. Maksud hadis:
“Amal seorang hamba
yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal
lainnya pun akan rosak.” (HR Thobrani)
Berikut merupakan kesalahan-kesalahan solat yang tidak kita sedari,
berdasarkan hasil pembelajaran dan kajian saya selama ini. Semoga post kali ini
memberi manfaat kepada kita, insya Allah…
1.
Tidak berdiri lurus. Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan
salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak
berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus.
Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk.
Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke
masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekerinya
seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri
2.
Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan
lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram
adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan
satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz
takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya,
melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).
3.
Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah. Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI
yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia
boleh membatalkan solat.
4.
Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud. Kadar
minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”. Maksud
hadis:
“Seburuk-buruk
pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana
caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?”
“Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” (HR Ahmad)
“Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” (HR Ahmad)
5.
Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas
lantai. Tujuh anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan
hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu
jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Aku telah
memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau
mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki
(ibu jari).” (Muttafaqun ‘Alaih)
6.
Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan
yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat
wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya
lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan
solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat
akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah
guru agama yang hak.
7.
Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau
melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan
solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum
warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”,
menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain
daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam
hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun
qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang
betul.
8.
Tangan berayun-ayun semasa i’tidal. Pergerakan anggota besar 3 kali
berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat
ayun tangan semasa i’tidal, yang macam buayan tu.
9.
Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal selepas rukuk.
10. Dada berpaling dari kiblat
No comments:
Post a Comment