Salam…
Ustaz Love menerima pertanyaan daripada nazliah..
“salam ustaz saya nk tanye ape hukumnyer kite derhakan pada mak tiri? sama ke taraf mak tiri ngn mak sendiri?”
Hukumnya adalah haram dan berdosa menderhaka kepada ibu.. tak kira apa nama ibu itu.. sama ada ibu kandung ke, ibu tiri ke, ibu susuan ke, ibu angkat ke.. Ibu ayam je yg boleh kita menderhaka kepada beliau.. sbb ibu ayam itu menyeru kepada maksiat.. Ibu itik dan ibu kucing tak termasuk dalam kategori..
Bab taraf ni, sebenarnya memang berbeza..
Taraf ibu kandung adalah berbeza dengan ibu tiri.. sekalipun ibu tiri itu menjaga kita daripada kecil (kes ibu kandung kurang matang).. kerana pengorbanan ibu kandung itu takkan dapat ditanggung oleh sesiapa pun.. itu dah jelas.
Ibu tiri juga berhak mendapat penghormatan seorang ibu.. sekalipun beliau cuma wujud waktu kita dah besar (tak sempat nak jaga kita daripada kecil).. Apabila disuruh melakukan sesuatu perkara yg bukan bertujuan maksiat dan dosa, maka wajiblah mentaatinya..
Cuma, jika ibu kandung dan ibu tiri ada sekali (kes bapa berpoligami).. maka anak2 hendaklah pandai mengambil hati kedua2nya.. Namun, keutamaan tetap terhadap ibu kandung.. Sekiranya ibu kandung dan ibu tiri memanggil serentak, maka wajar didahulukan menjawab panggilan ibu kandung.
Bagaimana jika ibu tiri seorang yg kijam? Wajib juga mentaatinya dalam perkara2 yg bukan maksiat dan dosa.. Tetapi kalau beliau suruh letak racun dalam makanan ibu kandung (kes cemburu), maka wajarlah ketika itu untuk terus melaporkan kepada pihak berkuasa..
p/s : Maaf atas selingan2 yang tak bersesuaian.. Ustaz Love tengah geramkan broandband.. hehe 
No comments:
Post a Comment